Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas sejumlah dokumen disyaki mempunyai maklumat berhubung kegiatan ketua setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) disyaki terlibat dalam rasuah, yang ditahan pada Rabu lalu.
Menurut sumber SPRM, pihaknya memperoleh dokumen berkenaan selepas melakukan serbuan di pejabat Datuk Mohd Arif Ab Rahman di Putrajaya hari ini.
Katanya, kontraktor dan vendor yang dipercayai telah dianugerahkan kontrak daripada KSU berkenaan akan dipanggil selepas pihaknya meneliti dokumen yang dirampas itu.
"Beberapa pegawai dan kakitangan kementerian itu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.
BACA: Lebih RM5 juta wang tunai dan jongkong emas dirampas
BACA: KKLW sedia bekerjasama dengan SPRM berhubung siasatan rasuah - Ismail Sabri
Sumber itu turut memberitahu, SPRM turut akan menyiasat penglibatan suspek dalam beberapa projek ketika memegang jawatan lain sebelum menjawat jawatan sekarang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Beliau berkata siasatan masih di peringkat awal dan SPRM dijangka akan merampas lebih banyak dokumen berhubung siasatan ini.
"Setakat ini tiada tangkapan baharu namun saya tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan lagi pada masa akan datang," katanya.
Wang tunai dan jongkong emas bernilai lebih RM5 juta dirampas dan disita setakat ini oleh SPRM, susulan penahanan Mohd Arif, 59, di kediamannya di USJ, Subang Jaya, dekat sini pada Rabu manakala dua anak lelakinya yang berusia 29 dan 34 tahun ditahan semasa diambil keterangan di ibu pejabat SPRM pada Rabu.
KSU dan kedua-dua anaknya itu ditahan reman tujuh hari bermula semalam sehingga 11 Jan bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2017
SPRM merampas sejumlah dokumen disyaki mempunyai maklumat berhubung kegiatan KSU KKLW disyaki terlibat dalam rasuah. - Gambar fail
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
SPRM sahkan siasatan terhadap FGV telah dimulakan
SPRM hari ini mengesahkan bahawa ia telah memulakan siasatan berhubung isu FGV yang melibatkan beberapa individu dalam organisasi tersebut.
SPRM tahan leftenan kolonel terlibat rasuah
SPRM telah menangkap seorang pegawai tentera berpangkat leftenan kolonel yang bertugas di Unit Senggaraan Zon Timur, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) di bawah Wisma ATM.
Rasuah: Agensi agama tidak terlepas daripada siasatan - Azam
Agensi agama tidak akan terlepas daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika didapati terdapat unsur rasuah dan salah laku dalam organisasi berkenaan.
SPRM tahan 3 individu menyamar pegawai SPRM
SPRM menahan tiga individu termasuk seorang wanita kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyamar sebagai pegawai SPRM yang kononnya boleh menutup kes berkaitan rasuah dan penggubahan wang haram.
Jangan terpedaya orang menyamar sebagai pegawai SPRM - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap orang ramai tidak terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai pegawai agensi itu bagi menyelesaikan kes berkaitan rasuah.
Lagi penjawat awam akan didakwa kes rasuah
SPRM telah menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor esok atas kesalahan meminta suapan.
Kes rasuah KSU: Apa yang kita tahu?
Siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan seorang pegawai tinggi sebuah kementerian telah mengisi tajuk utama #HariIni8 sejak minggu lalu.
Kes rasuah KSU: SPRM rampas wang tunai RM550,000 lagi
SPRM merampas wang tunai kira-kira RM550,000 lagi dari rumah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) disyaki terlibat dalam rasuah, yang ditahan pada Rabu lalu.
Kes rasuah KSU: SPRM rampas dokumen di pejabat
SPRM merampas sejumlah dokumen disyaki mempunyai maklumat berhubung kegiatan KSU KKLW disyaki terlibat dalam rasuah, yang ditahan pada Rabu lalu.
Rasuah: SPRM sahkan KSU yang ditahan dari KKLW
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan individu yang ditahan pagi tadi dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).