awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tentera rogol remaja: Kertas siasatan diserah ke Peguam Negara

Bernama
Bernama
25/02/2018
10:47 MYT
Kes tentera rogol remaja: Kertas siasatan diserah ke Peguam Negara
Jika disabit kesalahan, kesemua suspek lelaki berumur 19 hingga 24 tahun itu boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun. - Gambar hiasan
Polis akan mengemukakan kertas siasatan segera kepada pihak Peguam Negara berhubung kejadian rogol ke atas seorang gadis berumur 17 tahun dipercayai melibatkan sembilan anggota tentera di Kluang.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua lelaki berumur 19 hingga 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan iaitu merogol berkumpulan yang boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun, jika disabit kesalahan.
Beliau berkata kesemua mereka kini sedang direman sehingga 1 Mac depan.
Katanya, kejadian rogol itu berlaku pada pertengahan Dis lepas dan difahamkan, kesemua anggota tentera itu dari Kem Mahkota, Kluang ditahan selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi, Khamis lepas.
Difahamkan seorang daripada suspek merupakan teman lelaki gadis tersebut.
BACA: Rogol bergilir-gilir: Sembilan anggota tentera direman
BACA: Mangsa rogol 9 anggota tentera disahkan hamil
Dalam perkembangan lain, Mohd Khalil menyatakan polis menahan 129 individu kerana terlibat pelbagai kegiatan perjudian haram dalam 14 serbuan menerusi Op Limau di sekitar negeri ini mulai 9 Feb lepas hingga semalam.
Katanya, Op Limau yang diadakan bersempena perayaan Tahun Baru Cina itu bertujuan membanteras kegiatan perjudian haram habis-habisan di tempat bebas atau dalam bangunan.
"Daripada 129 individu itu, 101 daripadanya merupakan lelaki tempatan, 11 lelaki rakyat Indonesia, lapan lelaki Bangladesh, seorang lelaki Pakistan, tujuh wanita tempatan serta seorang wanita Indonesia yang kesemuanya berumur 21 hingga 62 tahun," katanya.
Mohd Khalil berkata polis turut merampas keseluruhan wang tunai berjumlah RM114,656 dan barangan termasuk 64 keping kertas tercatat angka perjudian haram, 156 keping daun terup, 768 biji batu mahjung, 25 buah dadu serta tiga ekor ayam sabung. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Kluang
#Peguam Negara
#polis johor
#remaja rogol
#rogol
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan