awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa rogol 9 anggota tentera disahkan hamil

Hakim Rahman
Hakim Rahman
25/02/2018
11:45 MYT
Mangsa rogol 9 anggota tentera disahkan hamil
MOHD KHALIL: Pemeriksaan daripada pihak hospital mengesahkan mangsa hamil sembilan minggu. - BERNAMA/Fail
Remaja yang didakwa dirogol sembilan anggota tentera dalam kejadian Disember lalu disahkan hamil sembilan minggu, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.
"Mangsa yang berusia 17 tahun sebelum ini membuat laporan dan mendakwa dia hamil dan pemeriksaan daripada pihak hospital mengesahkan mangsa hamil sembilan minggu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Suspek utama dalam kejadian berkenaan merupakan kenalan mangsa selain lapan lagi rakan suspek utama.
BACA: Rogol bergilir-gilir: Sembilan anggota tentera direman
BACA: Kes tentera rogol remaja: Kertas siasatan diserah ke Peguam Negara
Tambah Mohd Khalil, pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung tangkapan sembilan anggota tentera tersebut.
Kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 24 tahun itu masih ditahan reman sehingga 1 Mac ini dan laporan siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan segera.
Kes disiasat mengikut seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu rogol berkumpulan dan boleh dipenjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.
Kejadian rogol itu berlaku pada pertengahan Disember lalu dan difahamkan kesemua anggota tentera itu dari Kem Mahkota, Kluang ditahan selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi, Khamis lepas.
Topic Berkaitan
#bergilir-gilir
#mangsa
#remaja
#rogol
#siasatan
#suspek
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan