Polis menahan dua suspek bagi membantu siasatan kes tikam dan gilis seorang lelaki di sebuah stesen minyak Taman Pelangi, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Katanya suspek, seorang lelaki dan wanita cina berusia lingkungan 19 hingga 22 tahun ditahan jam 2.30 pagi tadi oleh Pasukan Siasatan Khas.

Beliau pada masa sama menegaskan agar masyarakat tidak menyebarkan berita palsu dan tidak benar sehingga membawa kepada kegusaran masyarakat.

"Tindakan tersebut boleh menggangu siasatan polis dalam usaha menangkap suspek-suspek ke muka pengadilan dengan kadar segera.

"Pihak-pihak yang menyebarkan berita palsu ini boleh diambil tindakan di bawah seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan dan kegentaran orang awam dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

BACA: Pasukan khas tangani kes bunuh di stesen minyak

Pada Ahad lepas , seorang lelaki berusia 30-an mati selepas diserang oleh sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kenderaan BMW berwarna putih.

Mangsa yang sempat bergelut kemudian dilanggar, ditikam dan digilis hingga mati.

Ketika kejadian, mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an sedang mengisi angin tayar, sebelum didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka.

TONTON: TPM sahkan kejadian langgar dan bunuh melibatkan kongsi gelap