“Jumpa tepi jalan.”
Itu alasan yang diberikan seorang wanita yang ditahan kerana menyimpan anak beruang matahari di dalam unit kondominiumnya di Desa Pandan, di sini, pada Jumaat.
Ketua Pengarah Perhililtan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata wanita berusia 27 tahun itu mendakwa menemui haiwan itu berkeliaran bersendirian berdekatan sebuah hutan.
“Sebab kesian, dia (wanita terbabit) ambil untuk jaga beruang matahari itu.
“Tetapi siasatan kami percaya bahawa haiwan itu diperoleh daripada seseorang (sindiket). Kebiasaan juga anak beruang diambil selepas kematian ibunya atau dibunuh.
"Maka, anaknya ‘tiada orang jaga’ dan diambil,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Sabtu.
Abdul Kadir berkata beruang matahari itu dipercayai berusia kurang enam bulan.
“Setakat ini, haiwan itu masih berada dalam jagaan Perhilitan dan kita akan membuat pemantauan sebelum menghantarnya ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, Sungkai.
“Ikut prosedur, haiwan itu akan dijaga terlebih dahulu dan selepas penilaian, beruang matahari itu akan dilepaskan semula ke hutan apabila sudah mencapai usia setahun lebih,” ujarnya.
Ditanya sama ada orang ramai dibenar memelihara haiwan seperti beruang matahari, katanya, “Secara dasarnya Perhilitan tidak memberikan kebenaran untuk individu atau orang awam memelihara hidupan liar terancam seperti beruang.”
BACA: Ara Johari terpalit tuduhan simpan beruang matahari.... - Ini penjelasan empunya badan
BACA: Penyanyi wanita ditahan kerana simpan anak beruang matahari
BACA: Jiran terkejut beruang 'minta' makanan
Mengulas lanjut, beliau berkata kebenaran hanya akan diberikan kepada pihak zoo untuk memelihara haiwan-haiwan terancam dan prosedur permohonan perlu dibuat kepada Perhilitan, selain memerlukan kelulusan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.
“Beruang adalah spesies terancam yang dikategorikan sebagai hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya.
Katanya lagi, wanita itu kini disiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran Perhilitan.
“Bagaimanapun, tarikh untuk perbicaraan masih belum diketahui kerana siasatan sedang berjalan. Namun, laporan polis telah dibuat terhadap wanita itu,” katanya.
Terdahulu, video berdurasi lima saat serta gambar kepala beruang matahari cuba keluar dari tingkap kondominium kediaman wanita itu tular di media sosial.
Hasimi Muhamad
Sat Jun 08 2019
Wanita yang ditahan menyimpan anak beruang matahari di dalam unit kondominiumnya beri alasan terjumpa haiwan itu di tepi hutan. -Foto Facebook/Ida Shereena
Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.
OIC digesa lerai ketegangan Asia Barat dicetuskan Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin sejak tujuh dekad lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang
Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
Pelan pengurusan bencana jika berlaku kejadian luar jangka
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin beri jaminan, jemaah haji Malaysia musim kali ini tidak perlu risau dengan kemungkinan berlaku bencana luar jangka sama ada di Madinah atau Mekah kerana kerajaan mempunyai pelan pengurusan bencana yang akan dilaksanakan jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Sentimen pengundi fasa akhir kempen
Wartawan Firdaus Azil melakukan tinjauan sekitar Kuala Kubu Baharu dalam fasa akhir pilihan raya kecil.
Faisal Halim stabil, alami kelecuran tahap dua - Exco
Kelecuran tahap dua di beberapa bahagian tubuh Faisal adalah di sekitar leher, bahu, lengan dan dada kata Najwan Halimi.
Pamer gambar Agong: Biar polis siasat - Amirudin
Polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen PRK KKB, semalam.
PM sentiasa utamakan agenda Pemerkasaan Masyarakat India - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mengutamakan agenda "Pemerkasaan Masyarakat India" seiring dengan proses pembangunan negara.
Hannah Yeoh mahu PDRM ambil tindakan terhadap pelaku
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengutuk insiden yang berlaku kepada Faisal Halim. Menurutnya, beliau mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet.
[TERKINI] Faisal Halim dalam keadaan stabil
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata Faisal dilaporkan berada dalam keadaan stabil dengan menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya.
Pindaan Akta 716 dikuatkuasakan Julai ini - KP Perhilitan
Pengkuatkuasaan akta itu dibuat setelah ia diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
'Kesian, jumpa tepi jalan' - Wanita beri sebab kurung beruang matahari
Wanita berusia 27 tahun itu mendakwa menemui haiwan itu berkeliaran bersendirian berdekatan sebuah hutan.