Hari ini, genap dua tahun insiden nahas penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS), namun bagi keluarga Allahyarham Mohd Ali Mohd Salim, segala kenangan bersamanya tetap utuh terutama ketika menjelang Aidilfitri.
Ibu mangsa, Junaidah Basiron, 64, berkata setiap kali menjelang Syawal merupakan detik sukar baginya apabila teringat kenangan manis mereka sekeluarga membuat persiapan menyambut lebaran.
"Setiap kali sambutan hari raya...arwah orang yang paling sibuk membuat persiapan daripada mengemas, menghias, membeli barang keperluan sehingga memasak di dapur.
"Arwah buat itu semua bagi memastikan bahawa persiapan raya lengkap tanpa menyusahkan anggota keluarga yang lain," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jayor, Pagoh, di sini.
Mohd Ali merupakan antara yang terkorban dalam nahas penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur.
Bakal pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu mengikuti pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus Universitiet Rotterdam, Belanda.
Jenazah arwah dibawa pulang ke tanah air menerusi kumpulan pertama mangsa MH17 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Pagoh, pada 23 Ogos dua tahun lalu.
Ibu kepada lapan orang anak itu berkata setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri, arwah pasti akan memasak sambal kegemarannya untuk seisi keluarga dan rakan-rakan yang berkunjung ke rumah.
"Arwah belajar masak daripada makcik, dia seorang yang cukup teliti dan mengutamakan kesempurnaan dalam semua hal termasuk memasak.
"Beliau akan tumbuk sendiri cili kerana baginya rasa sambal yang dibuat dengan cara menumbuk lebih sedap daripada cili yang dikisar, malah ada rakan-rakannya memberitahu makcik mereka rindu masakan arwah kerana masakannya asli dan sedap," katanya.
Junaidah berkata apabila pulang beraya ke Malaysia, beg pakaian arwah penuh dengan barang cenderahati kepada keluarga dan juga barang kelengkapan raya seperti cadar, kain dan alas meja.
"Arwah hanya bawa pulang sedikit baju untuk keperluan dirinya, manakala sebahagian besar beg yang dibawanya berisi dengan barang untuk keperluan kami sekeluarga.
"Kata-kata arwah yang makcik tidak boleh lupakan ialah beliau tidak mahu menyusahkan makcik dan sanggup menanggung kesusahan sendiri kerana beliau ingin membalas jasa ibu dan ayah terlebih dahulu," katanya dalam nada sedih.
Beliau berkata arwah seorang yang suka membantu orang lain baik dari segi material mahupun berkongsi ilmu.
Mengimbau kembali kenangan akhir bertemu arwah sebelum berangkat ke Amsterdam ketika cuti hari raya sebelum nahas, Junaidah berkata arwah mengulangi ayat yang sama, "malas nak balik" sebanyak tiga kali, namun beliau memberi semangat kepadanya kerana pengajiannya di sana telah hampir tamat.
"Setahu makcik, arwah seorang yang gigih dan bukan cepat putus asa...makcik tidak sangka itulah perbualan terakhir antara makcik dan Ali," katanya.
Junaidah berkata semua barang peribadi mangsa seperti baju, buku, laptop dan kerusi rehat yang pernah digunakan oleh arwah ketika belajar di Belanda masih disimpan rapi sebagai tanda kenangan dan pengubat rindu keluarga kepada arwah.
Bagi Mohd Zaki Mohd Salim, wajah Allahyarham adiknya yang tidak lokek memberi senyuman dan sentiasa bersikap rendah diri serta susah marah itu sentiasa segar dalam ingatan mereka sekeluarga.
"Tiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri...kami sekelurga amat rindukan arwah kerana apabila balik beraya di Pagoh arwah yang paling banyak bercerita," katanya.
Beliau berkata setiap kali tanggal 17 Julai, keluarga akan mengadakan bacaan Yassin bagi memperingati arwah.
"Arwah pernah tinggal serumah dengan saya ketika melanjutkan pelajaran di ibu kota dulu...banyak kenangan bersama yang tidak dapat kami sekelurga lupakan," kata anggota polis yang bertugas di Kuala Lumpur itu.
Bernama
Sun Jul 17 2016
Junaidah Basiron menunjukkan gambar anaknya Allahyarham Mohd Ali Mohd Salim yang merupakan salah seorang mangsa nahas pesawat MH17. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
'Ketibaan Syawal amat mencabar, kami rindukan masakan arwah' - Ibu mangsa MH17
Setiap kali menjelang Syawal ia merupakan detik sukar bagi keluarga mangsa MH17.