Kira-kira satu hektar kawasan hutan berhampiran landasan kereta api funikular Bukit Bendera antara stesen bawah dan tengah, dekat sini, mengalami kebakaran, malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohd Norzaidi Ahmad berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 7 malam sebelum sebuah jentera ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, memang terdapat kebakaran kawasan hutan berhampiran landasan keretapi tersebut dan api sedang marak kerana angin kuat, kami menghadapi kesukaran untuk memadam (kebakaran) pada awalnya kerana keadaan bukit yang curam serta tinggi.
"Bagaimanapun, Perbadanan Bukit Bendera (PHC) telah memberi bantuan dan kebenaran untuk menggunakan kereta api ke stesen tengah bagi memudahkan operasi pemadaman kawasan yang terbakar tersebut," katanya di sini.
Beliau berkata pihak bomba berjaya mengawal kebakaran itu daripada terus merebak dalam tempoh 30 minit dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.30 malam dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bendera.
Mohd Norzaidi berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan pasukan forensik bomba sedang menjalankan siasatan lanjut.
BACA: Hutan Bukit Bendera terbakar
Sementara itu, Pengurus Besar PHC, Datuk Cheok Lay Leng berkata pujian harus diberikan kepada pasukan bomba kerana bertindak pantas mengawal kebakaran daripada terus merebak di kawasan berhampiran.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk berwaspada dan tidak menghisap rokok atau melakukan pembakaran berdekatan kawasan hutan berkenaan bagi mengelak berlakunya kebakaran pada skala besar.
"Keadaan cuaca kering dan angin kuat sekarang ini akan mempercepatkan api untuk merebak dan menjadikan keadaan bertambah buruk jika berlaku kebakaran" katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 23 2020
Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran itu daripada terus merebak dalam tempoh 30 minit.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
Banjir: Kuala Kedah sekali lagi dinaiki air pasang besar
Tiada rumah dan premis perniagaan yang terjejas dan keadaan kembali terkawal selepas air mulai surut satu jam kemudian.
Pentas festival roboh akibat angin kuat, 1 maut
Pihak penganjur telah mengarahkan tapak festival tersebut dikosongkan susulan angin kuat, sekali gus menggantung sementara acara berkenaan.
2 cedera ribut rosakkan 7 khemah di CAC Klang - Polis
Tujuh daripada 12 khemah di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Klang di Dewan Serbaguna, Jalan Pekeliling, Pelabuhan Klang dekat sini rosak dalam kejadian ribut pada 11.30 pagi hari ini.
Tokyo 2020: Ombak ganas, angin kencang ganggu prestasi pelayar negara
Dalam perlumbaan ketiga di Teluk Enoshima, wakil negara bermula baik menamatkan saingan 21 pasukan itu di tangga ke-18.
Kereta, rumah dihempap pokok tumbang
Seorang wanita serta lima anaknya diselamatkan ketika pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Jalan Perkasa Taman Maluri.
Puting beliung rosakkan 14 rumah, masjid di Yan
Dalam kejadidan kira-kira jam 3 petang itu, sebahagian bumbung rumahnya diterbangkan puting beliung dan banyak cermin tingkap kediamannya itu pecah.
5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah
Operasi dilakukan dengan menggunakan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.
Kira-kira satu hektar hutan terbakar di Bukit Bendera
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 7 malam sebelum sebuah jentera ke lokasi kejadian.
Hutan Bukit Bendera terbakar
Bomba menerima panggilan berhubung kebakaran itu kira-kira 7.12 malam sebelum pasukan tersebut terus ke lokasi dan sehingga 10.30 malam tadi, api masih marak.
Mayat wanita lemas ketika berkayak dibawa pulang ke Singapura
Mayat mendiang telah melalui proses bedah siasat pasukan forensik Hospital Kemaman kira-kira pukul 12 tengah hari Khamis, dan selesai pada 3.30 petang.