awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Kerajaan perlu halang kemasukan pelancong

Sinar Harian
Sinar Harian
26/01/2020
05:14 MYT
Koronavirus: Kerajaan perlu halang kemasukan pelancong
Zamri berkata, kerajaan berhak menyekat kemasukan pelancong ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penyakit berkenaan merebak di dalam negara ini. - Foto Sinar Harian
Kerajaan perlu mempertimbangkan langkah untuk tidak menerima kemasukan pelancong dari negara yang telah dikenal pasti sebagai punca wabak koronavirus.
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, langkah yang dilakukan oleh banyak negara lain itu perlu dilakukan di negara ini bagi membendung wabak berkenaan merebak.
Menurutnya, dalam menghadapi wabak koronavirus di seluruh dunia, Islam mempunyai panduan yang perlu dijadikan panduan setiap Muslim dan seluruh penduduk negara ini.
"Saranan mengadakan solat hajat dan membaca doa-doa yang ma'thur adalah sangat perlu di dalam menghadapi situasi yang semakin merisaukan masyarakat.
"Di samping solat hajat, sedangkan ada satu lagi unsur penting lain yang disaran oleh Nabi Muhammad SAW iaitu kuarantin negara ini daripada dimasuki rakyat punca wabak," katanya dalam kenyataan media hari ini.
BACA: Mohon pada Allah selamatkan Malaysia - Mufti Wilayah saran tunai solat hajat bendung koronavirus
BACA: Koronavirus: Lindungi kesihatan rakyat Malaysia, perketat kemasukan warga asing
Beliau berkata, kerajaan berhak menyekat kemasukan pelancong ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penyakit berkenaan merebak di dalam negara ini.
Dalam pada itu, Zamri berkata, semua penduduk negara ini wajib mengikuti panduan kesihatan dan kawalan penularan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#doa
#Islam
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#panduan
#pelancong
#Perak
#rakyat
#solat hajat
#Timbalan Mufti
#wabak
#warga asing
#zamri hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan