awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Mohonlah pada Allah selamatkan Malaysia" - Mufti Wilayah saran tunai solat hajat bendung koronavirus

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/01/2020
06:20 MYT
"Mohonlah pada Allah selamatkan Malaysia" - Mufti Wilayah saran tunai solat hajat bendung koronavirus
Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri sarankan masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara untuk mengadakan solat hajat bagi memohon agar Allah SWT membendung penularan novel koronavirus di negara ini. - Gambar fail
Masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara disarankan untuk mengadakan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada Allah untuk selamat Malaysia daripada gejala koronavirus.
Dalam masa sama, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar mengambil kefahaman dan kesedaran tentang apa yang berlaku sebagai langkah berjaga-jaga menangani Novel Koronavirus.
Menurut Dr Zulkifli, pentadbirannya juga akan mengeluarkan Bayan Linnas khusus berkenaan doa dan fiqh pengurusan jenazah mangsa Koronavirus dalam masa terdekat.
“Doa tersebut akan dikeluarkan tidak lama lagi dan akan dimuatnaik di laman media sosial, Insya-Allah.
“Saya minta kesabaran dan berdoa kepada Allah SWT dan sesuai sekiranya kita mengadakan solat hajat di masjid dan surau di mana khatib atau imam berdoa kepada Allah SWT agar penyakit ini tidak merebak.
“Saya berdoa kepada Allah SWT menyelamatkan negara kita Malaysia dan juga negara lain daripada virus Wuhan yang melanda dan semoga mereka yang terjejas akibat penyakit itu diberikan kesembuhan, katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Sabtu.
Dr. Zulkifli ketika ini berada di Turki untuk lawatan kerja beliau di sana.
BACA: Koronavirus kini di Malaysia: Apa yang kita tahu? BACA: Koronavirus: Pesakit di China pulih guna dos Nelfinavir
Mengulas lanjut mengenai penularan koronavirus yang mencetus kebimbangan, Dr Zulkifli berkata, langkah utama yang perlu diambil seluruh rakyat Malaysia ialah menghindari terlebih dahulu daripada merebak dengan banyak kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
“Saya memohon kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan laporan dan juga maklumat terkini bagaimana virus itu boleh mengjangkiti supaya masyarakat mendapat maklumat yang terus dan jelas,” kata beliau lagi.
Dr. Zulkifli turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan KKM atas kecaknaan dan keprihatinan bertindak pantas dalam menguar-uarkan isu yang melanda negara. BACA: Koronavirus: Seorang rakyat Malaysia diasingkan di HKL
Topic Berkaitan
#Allah SWT
#Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
#Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#doa khas
#imam
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#khatib
#membendung
#menghindari
#merebak
#Mufti Wilayah Persekutuan
#novel koronavirus
#penyakit
#rakyat Malaysia
#solat hajat
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan