awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus kini di Malaysia: Apa yang kita tahu?

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/01/2020
07:38 MYT
Koronavirus kini di Malaysia: Apa yang kita tahu?
Sehingga Sabtu, sejumlah 14 negara mengesahkan menerima jangkitan koronavirus dengan Malaysia menjadi negara terbaharu penerimanya. - Foto AP
MALAYSIA kini menjadi negara ke-14 yang merekodkan jangkitan koronavirus. Jangkitan itu kini telah menyebabkan 41 kematian dengan lebih 1,287 kes jangkitan direkodkan di China setakat ini.
Selepas negara jiran kita, Singapura mengesahkan kes pertamanya, kini kontak rapat kepada mangsa warga China itu disahkan positif di Malaysia.
BACA: Koronavirus: Pesakit di China pulih guna dos Nelfinavir
Ia selepas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang medianya pada Sabtu mengesahkan tiga kes dijangkiti koronavirus.
Jadi, apa yang kita tahu sehingga kini?
BACA: Berada di China dan akan pulang ke Malaysia? Segera ambil tahu!
1. 3 kes positif, kontak rapat dikesan
Tiga kes positif koronavirus di Malaysia adalah kontak rapat kepada pesakit di Singapura. Wanita warga emas, 65 tahun serta dua cucu masing-masing 11 dan dua tahun. Kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil. Mereka yang negatif telah dihantar pulang.
2. 14 negara kini dijangkiti
Sehingga Sabtu, sejumlah 14 negara mengesahkan menerima jangkitan koronavirus dengan Malaysia menjadi negara terbaharu penerimanya.
  • China
  • Amerika Syarikat
  • Perancis
  • Jepun
  • Korea Selatan
  • Taiwan
  • Singapura
  • Thailand
  • Australia
  • Nepal
  • Vietnam
  • Hong Kong
  • Macau
  • Malaysia
BACA: Koronavirus: 1,287 kes di China, jumlah kematian meningkat kepada 41
BACA: Dua lagi individu dikesan positif koronavirus di Taiwan
3. Sekatan pelancong China?
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan akan mengkaji langkah seterusnya susulan kes positif koronavirus termasuk cadangan menyekat kemasukan rakyat China ke negara ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak akan mengkaji semula pemberian visa 15 hari kepada rakyat China walaupun timbul kebimbangan mereka turut terjangkit dengan koronavirus atau 2019-nCoV.
BACA: Koronavirus: Tiga kes pertama disahkan di Eropah
BACA: "Mohonlah pada Allah selamatkan Malaysia" - Mufti Wilayah saran tunai solat hajat bendung koronavirus
4. Langkah pencegahan kendiri
Beberapa pakar perubatan dan kesihatan awam turut berkongsi cara pencegahan yang boleh dilakukan oleh kita sendiri. Salah satu cara adalah menggunakan topeng pembedahan berbanding topeng jenis N95 kerana topeng pembedahan dapat mengekang penularan kepada diri sendiri dan kepada orang lain.
Penggunaan sabun anti-bakteria dan sabun berasaskan alkohol amat disarankan terutama kepada mereka yang menggunakan atau menyentuh sesuatu barangan yang turut disentuh orang ramai. Membasuh tangan dengan cara yang betul adalah dengan melakukan lapan langkah dan mencuci selama 30 saat dengan sabun yang betul.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#kesihatan
#koronavirus
#Mahathir Mohamad
#pelancong
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan