awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
5,819 murid pendidikan khas terima Sijil Alternatif Sekolah Menengah 20 Jan ini - KPM
Malaysia sasar perluas kerjasama pelancongan dengan Vietnam
Filipina tawar ganjaran AS$160,000 untuk bantuan tangkap taikun perjudian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: "Tak perlu keluar menonton wayang, kenduri pun kurangkan pergi"

Farhana Joni
Farhana Joni
25/01/2020
06:23 MYT
Koronavirus: "Tak perlu keluar menonton wayang, kenduri pun kurangkan pergi"
Menurut Dr. Zainal Ariffin Omar, ketika ini, ada pihak tidak bertanggungjawab ambil kesempatan atas kegusaran orang ramai terhadap kes koronavirus dengan menjual makanan kesihatan altenatif. - Gambar BERNAMA
Beberapa pihak tidak bertanggungjawab didakwa cuba mengambil kesempatan atas kegusaran orang ramai terhadap kes koronavirus dengan menjual makanan kesihatan altenatif.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, tindakan pihak berkenaan dilihat sengaja ingin membimbangkan lagi masyarakat susulan kes pertama koronavirus di Malaysia yang disahkan hari ini.
"Makanan sunah dan minum air jus apa-apa entah, banyak sangat ambil kesempatan atas kegusaran orang ramai.
"Teori-teori ini tak betul tapi orang takut dan bimbang jadi mereka terpengaruh dan merosakkan lagi kegusaran dalam kalangan orang ramai," katanya ketika ditemubual dalam program Buletin Awani Khas pada Sabtu.
Mengulas lanjut Dr. Zainal Ariffin berkata, media sosial juga bertanggungjawab untuk tidak mempromosikan perkara yang boleh mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai seperti menggunakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman.
"Banyak sangat nasihat dan promosi, misalnya sekarang berlumba-lumba ramai nak beli topeng muka dan hand sanitizer (sabun pencuci tangan).
"Kita bimbang nanti ada yang ambil kesempatan naikkan harga dan menyorokkan pula," ujar beliau.
Di samping itu, beliau turut menasihatkan supaya orang ramai mengurangkan pergerakan luar sekiranya terdapat simptom seperti demam, batuk dan selsema.
"Kalau kita ada demam dan selsema kita kurangkan pergerakan, tak payah nak keluar tengor wayang, kedai, kenduri-kenduri pun kalau boleh kurangkan," katanya.
BACA: Kes pertama koronavirus di Malaysia, tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh
Topic Berkaitan
#China
#Datuk Dr Zainal Abidin Omar
#Hospital
#koronavirus
#Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia
#Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan