awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Tiada rancangan halang kemasukan rakyat China buat masa ini - Tun M

Firdaus Azil
Firdaus Azil
25/01/2020
06:13 MYT
Koronavirus: Tiada rancangan halang kemasukan rakyat China buat masa ini - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Selangor (DPCKLS), di Kuala Lumpur pada Sabtu.- Gambar BERNAMA
Kerajaan tidak akan mengkaji semula pemberian visa 15 hari kepada rakyat China walaupun timbul kebimbangan mereka turut terjangkit dengan koronavirus atau 2019-nCoV, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, rakyat asing yang ingin memasuki negara ini akan melalui pemeriksaan yang ketat sebagai usaha mengekang penularan penyakit itu.
“Pada ketika ini belum lagi, tetapi kita periksa kesemua pelancong yang datang ke negara ini, terutamanya dari China,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Selangor (DPCKLS), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian susulan tiga rakyat China yang memasuki negara ini melalui Johor Bahru, disahkan positif koronavirus oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.
BACA: Kes pertama koronavirus di Malaysia, tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh
BACA: Berada di China dan akan pulang ke Malaysia? Segera ambil tahu!
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, rakyat negara ini dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di tempat awam dan pakai topeng muka sekiranya memerlukan.
Topic Berkaitan
#China
#koronavirus
#Mahathir Mohamad
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan