awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
STR terus jadi sandaran bantu kos sara hidup
Penubuhan Ombudsman bakal perkukuh tadbir urus, skor CPI negara - Pengerusi EAIC
Orang ramai diminta tampil bantu siasatan kes bunuh di Klang Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kos perkhidmatan trem lebih murah dari monorail di Putrajaya' - Ku Nan

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
21/02/2016
06:35 MYT
'Kos perkhidmatan trem lebih murah dari monorail di Putrajaya' - Ku Nan
KU NAN: 'Kos perkhidmatan tram lebih murah dari monorail di Putrajaya' - Gambar fail
Kos perkhidmatan trem yang akan diperkenalkan di Putrajaya dilihat lebih berbaloi dan mesra rakyat berbanding projek monorail yang dicadang sebelum ini.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia juga akan dikembangkan dengan menghubungkan Cyberjaya sekali gus alternatif masalah pengangkutan awam di dua lokasi berkenaan.
"Saya lihat trem lebih murah dan menyelesaikan masalah monorail. Saya yakin unite perancang ekonomi akan memanggil mana-mana pihak yang berminat untuk menghantar kertas kerja berhubung perkara ini.
BACA: Putrajaya dan Cyberjaya bakal miliki trem
"Ia akan menyelesaikan masalah pengangkutan yang selama ini menjadi rungutan penduduk Putrajaya sendiri," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Kenduri 1Wilayah Persekutuan dan Hari Keluarga Warga Putrajaya di sini hari ini.
Rancangan jangka sederhana dan panjang Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 adalah bagi memperkenalkan sistem sistem rel lain seperti trem selain perkembangan rangkaian rel ke kawasan luar yang akan dikaji setiap 10 tahun bagi menentukan daya kemungkinannya.
Rangkaian rel juga dilihat cara yang paling efisien dalam menyediakan pengangkutan cepat berkapasiti tinggi.
Dalam pada itu kata Tengku Adnan, penggunaan trem juga akan dikembangkan ke Kuala Lumpur terutama di kawasan pusat perniagaan (CBD) untuk akses mudah masyarakat.
"Ia dicadang di kawasan yang terputus akses penangkutan awam sedia ada di ibu kota," jelasnya.
Pada majlis sama, Tengku Adnan menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang UPSR dan PT3 di Putrajaya.
Topic Berkaitan
#Cyberjaya
#Putrajaya
#tram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan