awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM pantau perkembangan isu perkahwinan bawah umur

Bernama
Bernama
08/07/2018
22:32 MYT
KPWKM pantau perkembangan isu perkahwinan bawah umur
Tujuan dan jangka masa mereka akan berada di Thailand masih tidak diketahui. - Foto fail
Maklumat terkini diperoleh daripada ibu kandung kanak-kanak perempuan dikaitkan dengan kes perkahwinan bawah umur di Kelantan, menunjukkan mereka kini berada di Kota Bharu dan sedang menunggu pihak berkuasa Thailand membuat urusan bagi membawa mereka sekeluarga pulang ke negara berkenaan.
Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada Ahad, tujuan dan jangka masa mereka akan berada di Thailand masih tidak diketahui.
"Namun, mereka dijangka dibawa pulang oleh pihak berkuasa Thailand ke Malaysia dalam masa terdekat," kata kenyataan itu pada Ahad.
Perkahwinan itu mendapat perhatian kerana kanak-kanak warga Thailand itu dilaporkan menjadi isteri ketiga kepada seorang peraih getah warga tempatan berusia 41 tahun.
BACA: Suami budak 11 tahun boleh dihadapkan ke Mahkamah Syariah
Kenyataan itu seterusnya menyebut pakar kesihatan kanak-kanak Hospital Kuala Krai turut mengesahkan hasil pemeriksaan ke atas kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu mendapati tiada sebarang tanda mencurigakan atau menunjukkan kanak-kanak itu pernah didera atau dicederakan.
Pemeriksaan kesihatan itu dilakukan pada 4 Julai lalu, kata kementerian itu sambil menambah laporan penuh berhubung pemeriksaan berkenaan masih belum dikeluarkan.
Kenyataan itu berkata, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah membuat lawatan ke rumah dan setakat ini khidmat kaunseling diberi dua kali kepada kanak-kanak itu dan keluarganya.
Ia menegaskan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail amat prihatin dengan isu berkenaan.
"Beliau (Dr Wan Azizah) juga akan memastikan JKM akan terus membuat pemantauan bagi memastikan isu ini ditangani oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bawah umur
#ibu kandung
#kahwin
#Kanak-kanak
#kerajaan
#KPWKM
#Thailand
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan