awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kren tumbang Kampung Baru: Tiga cedera, kereta remuk

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
09/11/2017
06:42 MYT
Kren tumbang Kampung Baru: Tiga cedera, kereta remuk
Beberapa kenderaan remuk dalam insiden kren tumbang di Kampung Baru hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Sebuah kren tumbang di sebuah tapak pembinaan di Kampung Baru, ibu negara pagi tadi mengakibatkan tiga mangsa cedera selain beberapa kenderaan remuk.
Tiga mangsa kejadian kren “crane boom” yang jatuh di tapak pembinaansebuah projek pembinaan itu telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Menurut maklumat awal anggota Angkatan Pertahanan Awam, tiga mangsa terbabit disahkan seorang pekerja binaan dan dua orang awam.
Mangsa orang awam satu wanita lingkungan 30-an mengalami patah bahu dan seorang mangsa warga emas mengalami luka-luka akibat terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat libasan kabel kren.
Pemaju pembinaan UDA Holdings Bhd dalam kenyataannya menjelaskan, kerja-kerja pembinaan dihentikan sehingga siasatan berhubung kejadian selesai dibuat.
BACA: Kren tumbang Kampung Baru: Ada 'Pak Haji' dalam kereta tu!
BACA: Kren tumbang Kampung Baru: Tiga cedera, kereta remuk
BACA: Kren tumbang Kampung Baru: UDA tutup lokasi insiden serta-merta
@501Awani seorang wanita dikejarkan ke hospital kerana patah bahu - Abdul Rahman Mat Arif, (saksi kejadian) pic.twitter.com/7IXtQehggT
— Syah Hairizal (@syahhairizal) November 9, 2017
Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP, Shaharuddin Abdullah yang mengesahkan kejadian itu, berkata insiden berlaku kira-kira 1 tengah hari.
Wanita itu yang cedera ringan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk diberi rawatan, katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau juga berkata keadaan di lokasi kejadian adalah terkawal dan tapak pembinaan tersebut ditutup sementara bagi memberi laluan kepada siasatan termasuk mengenal pasti punca kren itu tumbang.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Mat Arif
#angkatan pertahanan awam
#bum kren
#cedera
#crane boom
#Kampung Baru
#kren tumbang
#mangsa
#Polis Daerah Dang Wangi
#Shaharuddin Abdullah
#Tapak binaan
#UDA Holdings Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan