Tutup

KTMB tambah dua tren ETS baharu sempena Tahun Baru Cina

KTMB tambah dua tren ETS baharu sempena Tahun Baru Cina
Loke (dua, kiri) bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan pameran jentera-jentera berat industri rel milik Depot DMIA di Serendah, 13 Jan, 2020. Turut hadir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. --fotoBERNAMA
SERENDAH: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan menambah dua unit perkhidmatan kereta api (ETS) baharu bagi memenuhi permintaan yang lebih tinggi semasa musim perayaan yang akan datang, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Katanya, perkhidmatan ini akan disediakan untuk laluan KL Sentral-Butterworth, Padang Besar.
"Kita telah mendapat kelulusan untuk kedua-dua set kereta api baharu ini yang boleh digunakan serta merta bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Januari (KL Sentral - Butterworth, Padang Besar) dan dari 27 hingga 31 Januari (Butterworth, Padang Besar-KL Sentral)," katanya kepada pemberita semasa melawat tempat simpanan kereta api Serendah yang baharu dibangunkan oleh Dhaya Maju Infrastructure Sdn Bhd.

Secara keseluruhannya, Loke berkata terdapat penambahan tempat duduk sebanyak 12,480 (koc biasa) dan 1,440 (koc kelas perniagaan).
Tiket boleh dibeli mulai Selasa. 

BACA: KTMB bakal perkenal koc kelas perniagaan bagi ETS2

BACA: Tambang fleksi ETS tawar kadar lebih murah untuk tempahan awal

Sementara itu, berkuatkuasa dari 1 Mac, KTMB akan melaksanakan 'Flexi-Fare', di mana tambang ditentukan berdasarkan pilihan perjalanan penumpang, ini akan memberi mereka peluang untuk membuat pelan perjalanan dan pilihan mengikut keperluan mereka.

Tiket tambang Flexi akan dibuka mulai 15 Jan untuk perjalanan di antara 1 hingga 31 Mac.

--BERNAMA