Laluan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di Kuala Lumpur dari Kompleks Membeli-belah Sogo akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas bermula 15 Mac depan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad.
Penutupan jalan sepanjang kira-kira satu kilometer itu dari Jalan Esfahan sehingga Jalan Melayu dibuat bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan di kawasan perniagaan tersebut, katanya.
"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan kajian dalam talian berhubung penutupan jalan tersebut di mana sebahagian besar responden bersetuju dengan cadangan itu.
"Kita berhasrat menjadikan laluan bermula dari hadapan Sogo sehingga ke Wisma Bandar sebagai laluan bebas kenderaan atau pedestrian mall di mana pengunjung boleh berjalan kaki untuk membeli-belah," katanya pada sidang media selepas majlis Bicara Makan Tengahari sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Hadir sama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.
Jika keadaan berjalan lancar, beliau berkata pihaknya sedia untuk menempatkan peniaga bazar perayaan yang memohon lesen berniaga di Jalan TAR dari DBKL untuk beroperasi di sepanjang laluan yang dikosongkan itu pada bulan Ramadan akan datang.
BACA: Di mana tapak ganti bazar Ramadan Jalan Masjid India? Ini reaksi menteri
Beliau berkata laluan yang boleh menempatkan sehingga 200 lot tapak perniagaan itu juga akan dibenarkan untuk beroperasi pada musim perayaan lain.
"Kita sedang memperincikan susun atur peniaga, namun yang pasti keputusan ini akan memberikan kelegaan kepada semua pihak kerana dapat menjalankan perniagaan di kawasan yang lebih luas dan selesa.
"Penempatan hanya melibatkan mereka yang memohon lesen untuk berniaga semasa bulan Ramadan manakala peniaga sedia ada akan dikekalkan di tapak asal," katanya.
BACA: Lokasi baharu bazar Ramadan Jalan Masjid India dekat dengan tapak lama
Khalid berkata keputusan itu juga diambil bagi menjaga kepentingan kedai-kedai Melayu di kawasan tapak lama bazar Ramadan yang mana perniagaan mereka terhalang sepanjang bazar perayaan itu berlangsung.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata beberapa individu dari Bahagian Perolehan DBKL telah dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kebocoran senarai syarikat yang berjaya memperoleh kontrak pembersihan sungai seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
TONTON: Tapak baharu ganti Bazar Ramadan Jalan Masjid India
Beliau berkata tindakan secara dalaman juga telah diambil di mana Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan mengarahkan seramai 20 orang kakitangan di bahagian itu dipindahkan ke bahagian lain secara berperingkat dalam tempoh sebulan.
Khalid melahirkan kehairanan bagaimana maklumat daripada mesyuarat Lembaga Perolehan pada 25 Januari lepas itu boleh tular sehari kemudian sedangkan makluman kepada syarikat dan kontraktor yang berjaya dalam tender secara individu hanya dibuat DBKL melalui panggilan telefon.
"Ini yang dikatakan ada tangan ghaib yang cuba mengawal DBKL memandangkan tiada sebarang makluman atau paparan di mana-mana tempat awam telah dibuat mengenai keputusan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 12 2019
Suasana meriah para pengunjung yang datang membeli belah di Jalan TAR sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jun lalu. --fotoBERNAMA/Fail
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
Kelantan benarkan bazar, Madinah Ramadan
Peniaga dan pelanggan bazar Ramadan serta peserta program Madinah Ramadan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.
Peniaga bazar harap dapat kembali berniaga minggu akhir Ramadan
Peniaga bazar Ramadan kampung Melayu, di Pulau Pinang yang diarah tutup selama tiga hari berharap dapat kembali berniaga.
Penganjur diingat baiki aspek kelonggaran pematuhan SOP Bazar Ramadan, Aidilfitri
Beliau juga mahu penganjur sentiasa peka kepada SOP dan tidak harus mengambil ringan sehingga ada tindakan daripada pihak berkuasa.
Bazar Ramadan: Selangor larang bawa kanak-kanak 12 tahun ke bawah
Perkara tersebut diputuskan setelah bermesyuarat bersama Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada Ahad berkenaan SOP di bazar Ramadan.
'Tiada siapa paksa beli, kalau rasa mahal masak sendiri'
Kebanyakan pengguna memberi pelbagai pandangan berkenaan perkongsian tersebut antaranya pemilik akaun Facebook, Nik Mohd Kamaruzaman yang kurang senang dengan tindakan individu yang menularkannya.
Tarawih, bazar kembali 'hiasi' Ramadan tahun ini, masjid, peniaga diingat patuh SOP
Ramadan kali ini kembali ceria bagi umat Islam apabila pergerakan rakyat yang terbatas tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan tahun ini.
Bazar tidak akan dibuka di Johor buat masa ini
Keputusan itu adalah susulan persetujuan yang dicapai kerajaan negeri bersama semua PBT.
Keahlian cecah 65,000, BROSS bakal dijenama semula
Susulan sambutan yang cukup luar biasa BROSS bakal dijenamakan semula sebagai Bazar Rakyat Sarawakku Sayang.
Normal baharu: Bimbang lambakan stok, penjual songkok nekad jual dalam talian
Pengusaha Sinar Songkok Melayu, Mohd Fahirurazi Yahya berkata, lazimnya dalam tempoh setahun beliau mampu menjual 25,000 songkok.
Bazar online cabaran baharu peniaga di Kedah sepanjang PKP
Ramadan tahun ini membuka peluang baharu kepada peniaga untuk menjual barangan mereka walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).