Festival Light and Motion Putrajaya 2019 (LAMPU 2019) di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan kembali untuk tahun ketujuh dengan konsep kepelbagaian etnik dan budaya Malaysia.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata bertemakan "Beautiful Malaysia", festival itu yang berlangsung bermula malam tadi hingga 31 Dis menekankan kepada aspek perpaduan bertujuan menerapkan penerimaan kepelbagaian budaya dan etnik sebagai identiti negara.
"Ini merupakan satu perkara yang wajar kita rasa bangga dan usaha-usaha untuk memecah-belah dan melaga-lagakan antara kaum di negara ini sewajarnya ditolak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan LAMPU 2019 di Dataran Putrajaya, di sini malam tadi.
Khalid berkata selain persembahan projektor video di fasad Bangunan Istana Kehakiman, LAMPU 2019 turut menampilkan beberapa tarikan baharu antaranya 'Planetarium 360'.
Katanya struktur berbentuk kubah berukuran 20 meter radius dan tinggi 10 meter itu dihiasi pertunjukan visual 360 darjah dengan kesan bunyi yang menarik.
Khalid berkata tarikan lain di Dataran Putrajaya termasuk Laman Kampung Melayu, China Town Street, Little India Street, kumpulan muzik jalanan, wayang kulit, wayang pacak, pemakan api dan aktiviti kanak-kanak.
Buat julung kalinya, pengunjung juga berpeluang merakamkan ucapan secara swafoto yang akan dipaparkan pada fasad Bangunan Istana Kehakiman.
Pada malam ambang tahun baharu 2020 pula, suasana Dataran Putrajaya akan diserikan lagi dengan persembahan bunga api dan pertunjukan bunga api digital.
Sementara itu, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata LAMPU 2019 menyasarkan kehadiran sehingga 1.5 juta pengunjung sepanjang empat malam festival itu berlangsung.
"Saya harap orang ramai datang ke Putrajaya, kita saksikan keindahan bandar ini yang diterangi lampu-lampu dan raikan kepelbagaian budaya di negara ini," katanya.
Bagi kemudahan pengunjung, PPj menyediakan khemah untuk berteduh dan perkhidmatan bas perantara dari Putrajaya Sentral ke tapak festival secara percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 29 2019
Orang ramai berswafoto dengan arca bercahaya semasa mengunjungi 'Festival Light and Motion Putrajaya 2019' (LAMPU 2019) di Dataran Putrajaya, 28 Dis, 2019. -- fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
LAMPU 2019 tonjol kepelbagaian etnik, budaya Malaysia
Festival itu yang berlangsung bermula malam tadi hingga 31 Dis menekankan kepada aspek perpaduan bertujuan menerapkan penerimaan kepelbagaian budaya dan etnik sebagai identiti negara.