Satu kebakaran di Lahad Datu telah tercetus, menyebabkan lapan buah rumah setinggan musnah.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah Lahad Datu, Apandi Mahmood, kejadian berlaku pada jam 12.50 malam Jumaat di Kampung Durian Batu 2 Jalan Segama.

Sebelas anggota bomba, dua jentera dan dua kenderaan utiliti dikerah memadam api dan ia hanya berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 7.30 pagi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.