Polis akan memanggil Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun berhubung laporan polis dibuatnya mengenai
dakwaan wujud konspirasi pihak tertentu untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Khairul Azwan akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung laporannya itu.
"Kita akan memanggil Khairul Azwan bila-bila masa," katanya kepada Bernama menerusi WhatsApp di sini, hari ini.
Semalam, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap bekas peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Dalam laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terbabit dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.
Susulan itu, semalam Gani menyifatkan dakwaan beliau terbabit dalam konspirasi itu, hanyalah muslihat pihak tertentu untuk mencari publisiti.
Sementara itu, Abu Kassim yang menghadiri program Bual Bicara Integriti di Institut Integriti Malaysia, di sini, hari ini, enggan bertemu wakil media.
Beliau dilihat meninggalkan majlis itu kira-kira 10.30 pagi selepas sejam setengah program itu berlangsung, yang diturut dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sementara itu di JOHOR BAHARU, Pemuda UMNO Johor menegaskan bahawa mereka memandang serius dakwaan yang dibuat Khairul Azwan dan mahu pihak berkuasa segera membuat siasatan.
"Kami percaya saudara Khairul mempunyai asas yang kukuh sebelum membuat laporan polis tersebut.
"Oleh itu, kami mendesak pihak bertanggungjawab khususnya polis supaya melakukan penyiasatan segera bagi membuktikan kebenarannya," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor Hahasrin Hashim dalam kenyataan di sini, hari ini.
Bernama
Wed Jul 27 2016
KHALID: Kita akan memanggil Khairul Azwan bila-bila masa. - Gambar fail
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Mohamed Apandi tuntut ganti rugi atas penamatan khidmat sebagai Peguam Negara
Surat bertarikh 30 Sept melalui firma guaman Tetuan Shukor Baljit & Partners itu telah diserahkan kepada AGC semalam.
"Saya tidak berkhidmat lagi" - Gani Patail enggan ulas afidavit kes Musa Aman
Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas lanjut berhubung afidavit yang diikrarkan oleh beliau berkaitan pendakwaan kes rasuah dan penggubahan wang haram terhadap Tan Sri Musa Aman.
Polis berjaya rungkai kes tembak pemandu Gani Patail - Bukit Aman
Datuk Huzir Mohamed berkata antara yang ditahan termasuk dua daripada tiga suspek yang terlibat dengan kes itu, manakala penembak berusia 40-an masih diburu.
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.
"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib arah saya pecat Gani Patail - Ali Hamsa
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat.
Muhyiddin dipecat kerana persoal 1MDB - Ali Hamsa
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dipecat dari jawatannya pada Julai 2015 disebabkan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak telah hilang keyakinan terhadapnya.
Najib Razak awal 3 minit, sekali lagi berdepan penyiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi berdepan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Kronologi siasatan kes 1MDB
Pasukan khas ditubuh bagi menyiasat dakwaan berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad pada 6 Mac 2015.
Singapura keluarkan waran tangkap terhadap Jho Low pada 2016
Notis Merah Interpol adalah permintaan oleh negara anggota untuk mencari dan menahan individu yang dikehendaki berdasarkan waran tangkap sesebuah negara yang sah.