Mendengarkan namanya sahaja, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah yang membezakan lemang sushi ini dengan lemang tradisional biasa.
Adakah rasa dan aroma makanan tradisional yang berasaskan santan dan beras pulut ini dikekalkan?
Inovasi lemang sushi yang diperkenalkan pengusahanya, Zuriati Sulaiman, di pekan Kuala Pilah, mula dikenali sejak awal tahun lalu.
Ia kini berjaya menjadi fenomena di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
Tidak siapa menduga, dengan hanya bermula sebagai penjual serunding ikan bilis dan popia simpul, usahawan wanita berusia 51 tahun ini mampu meraih pendapatan sekurang-kurangnya lima angka sebulan.
Menurut Zuriati, ketika awal pembabitannya pada 2005, syarikat Awie Enterprise miliknya hanya mengeluarkan serunding ikan bilis dan popia simpul yang dipasarkan di kedai-kedai runcit sekitar pekan Kuala Pilah.
Inovasi lemang sushi dengan meletakkan inti di tengah-tengah lemang bermula daripada idea suaminya, Azizi Abd Muin, 56 tahun.
"Asalnya, idea itu tercetus apabila kami mendapat mesin pembakar lemang daripada Jabatan Pertanian negeri (JPNS) pada 2016.
"Mula-mula, kami belajar buat lemang biasa. Kemudian, suami saya dapat idea, apa kata kita masukkan inti dalam lemang, jadi 'dua dalam satu'.
"Maknanya, orang makan tak payah cicah lagi. Dalam lemang, dah siap lauknya," ujar usahawan bimbingan MARA ini ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Keunikan rasa pedas serundingnya yang selari dengan citarasa Negeri Sembilan semakin mendapat tempat sebelum produknya dikembangkan dengan penghasilan serunding daging, serunding ayam dan juga rendang daging minang.
Tidak mahu terus berada di takuk lama, berkat usahanya, perniagaannya semakin maju dengan inovasi penghasilan lemang sushi.
Percubaan selama tiga bulan kemudiannya membuahkan hasil.
Lantas tercetuslah lima jenis lemang sushi - lemang serunding daging, lemang serunding ayam, lemang serunding ikan bilis, lemang rendang daging minang dan lemang berinti durian D24 yang kini berada di pasaran menerusi kira-kira 20 ejen yang dilantik.
Malah, Zuriati merupakan satu-satunya pengeluar produk lemang sushi di negara ini yang mendapat pengiktirafan daripada Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).
Menceritakan produknya, ibu anak satu ini berkata: "Lemang ini tidak menggunakan buluh, namun masih dibalut dengan daun pisang dan dibakar dalam ketuhar khas, hasil bantuan Mardi dan JPNS.
"Ia mengambil masa kira-kira enam jam untuk penghasilannya sebelum dijadikan produk sejuk beku dan dipasarkan," katanya sambil menambah, proses pembuatan produknya masih mengekalkan cara tradisional iaitu menggunakan santan dan beras pulut biasa.
Menurut Zuriati lagi, lemang sushi tersebut disejukbekukan dan boleh dimasak semula di dalam ketuhar gelombang mikro atau dikukus bagi mendapatkan kembali rasa yang enak dan lembut.
Kesemua lemang sushi yang bersaiz sembilan inci panjang ini dipasarkan pada harga RM18 hingga RM20 sebatang.
Zuriati berkata, pada hari-hari biasa, dia yang dibantu oleh anak dan menantunya serta lima pekerja lain, mampu menghasilkan kira-kira 600 batang dalam sebulan.
Bagaimanapun, pada musim perayaan, mereka terpaksa membuat tiga pusingan sehari bagi memenuhi permintaan ramai.
Dalam pada itu, sama seperti usahawan lain, Zuriati sentiasa berusaha mengembangkan sayap perniagaannya dengan mencuba pelbagai peluang.
BACA: Emas murah di Kuala Pilah, berbaloi datang dari jauh
BACA: UiTM Kuala Pilah gajah putih?
BACA: Istimewa di Kuala Pilah - masak lemak cili api, daging salai
BACA: Lari dari hiruk pikuk, cari makan tepi sawah di Kuala Pilah
Kini, serundingnya telah berjaya menembusi pasaran pasar raya-pasar raya terkemuka dan boleh didapati di lebih lima cawangan AEON di seluruh negara.
"Setakat ini, kami sedang berusaha untuk mendapatkan mesin yang lebih besar supaya dalam satu hari kami boleh gandakan pengeluaran.
"Setakat ini, dua mesin memang tak mampu. Jadi, kami terpaksa kerja dua shift, tiga shift, untuk menampung permintaan," kata anak jati Kuala Pilah ini, yang turut menerima pengiktirafan daripada pelbagai pihak.
Antaranya, johan Projek Pengembangan Veterinar Industri Asas Tani Peringkat Kebangsaan 2012, johan serunding ikan bilis pada Hari Peladang Penternak Dan Nelayan (HPPNK) Negeri Sembilan 2014 serta juara produk komersial (kategori mikro) Popia Mini MAHA 2016.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Aug 16 2018
Dengan hanya bermula sebagai penjual serunding ikan bilis dan popia simpul, Zuriati (kiri) mampu meraih pendapatan sekurang-kurangnya lima angka sebulan.- Astro AWANI / SHUHADA KADIR
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.
Warga UTM diseru tangkas, berdaya saing depani cabaran dunia semasa
Lima fokus dalam Pelan Tindakan 2024 UTM iaitu enVision Moonshot Transformative Journey 2.0 telah digariskan bagi tujuan sama.
Juruukur bahan main peranan, pastikan industri seiring keperluan semasa - Alexander
Alexander berkata, juruukur bahan antara yang memikul tugas penting dalam memastikan industri pembinaan bergerak seiring dengan keperluan inovasi dan teknologi semasa.
RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi
Perjalanan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) setakat ini amat memberangsangkan dan "berwawasan," melangkaui sempadan dan inovasi.
Golongan muda P. Pinang digalak ceburi pertanian moden
Aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi dalam bidang pertanian moden boleh tingkatkan hasil pengeluaran dan menjana pendapatan lumayan.
Nikmati 'daging' berasaskan tumbuhan keluaran GoodMorning
WonderMeat merupakan sebuah produk inovatif bioteknologi buatan tempatan itu mempunyai nutrisi yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan daging haiwan.
Think City manfaatkan peruntukan RM20 juta jadikan KL indah, kreatif, berbudaya
Think City bekerjasama dengan komuniti setempat bagi memulihara, menginovasi serta mengaktifkan kawasan pusat bandar bersejarah.
Popularkan kejayaan daya cipta cara terbaik suburkan budaya inovasi - Rafizi
Lebih banyak kejayaan yang boleh dibanggakan dan para pencipta menempa nama, lebih ramai yang akan tertarik dengan inovasi.
Berhijrah ke IPV6 untuk inovasi, pacu pertumbuhan perniagaan - Pakar
IPv6 menyediakan alamat IP unik untuk setiap pengguna dan membenarkan lebih banyak peranti, rangkaian dan perkhidmatan disambungkan.