NATIONAL
Lemas Teluk Bidara: Mayat kedua pelajar politeknik ditemui

Mayat Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, ditemui terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa pertama ditemui. - Foto Astro AWANI
Mayat kedua pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui pagi ini.
Mayat Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, ditemui terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa pertama ditemui.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Sharikan Bustaman berkata mangsa dijumpai kira-kira jam 11.35 pagi Ahad.
Sharikan berkata pasukan penyelamat yang melakukan pencarian di laut berjaya mengesan mangsa yang terapung kira-kira lapan kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
BACA: Kami cuba bantu dengan campakkan pelampung, tetapi... - Rakan mangsa hilang di Pantai Teluk Bidara
Mayat Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21, terdampar di Pantai Teluk Lipat, kira-kira lapan kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Pada Jumaat kegembiraan enam pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun bertukar tragedi selepas empat daripada mereka dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara.
Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami