Jabatan Kesihatan Labuan akan memantau rapi keadaan di Kolej Matrikulasi Labuan (LMC) dan pelajarnya yang mempunyai simptom Leptospirosis, berikutan kematian seorang pelajar Isnin lepas.
Pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata pemantauan seminggu oleh jabatan itu mendapati beberapa kawasan tertentu di asrama pelajar dan pejabat pentadbiran dicemari najis serta air kencing tikus.
"Pada beberapa hari lepas pula, kami menggunakan kaedah pencegahan dengan menyembur bahan nyahjangkit dan memasang perangkap tikus. Kami dapati ada tikus yang masuk ke dalam perangkap itu," katanya kepada Bernama hari ini.
Dr Ismail berkata berdasarkan penemuan itu, tikus terbabit dipercayai datang dari semak dan hutan di belakang kolej berkenaan.
Beliau berkata peringatan dikeluarkan kepada pengurusan LMC supaya lebih berwaspada dan mengadakan lebih banyak aktiviti gotong-royong untuk menjaga persekitaran kolej agar bebas daripada tikus.
Seorang pelajar wanita berusia 18 tahun meninggal dunia disyaki akibat Leptospirosis.
LMC mempunyai kira-kira 2,600 pelajar dan enam pengusaha bergilir-gilir mengendalikan tiga kafe di kolej berkenaan.
Dr Ismail berkata taklimat turut disampaikan kepada enam pengusaha kafe serta kontraktor dan semua premis kafe itu dianggap bersih.
Sementara itu, Pengarah LMC Sawang@Rezal Amit berkata kerja pembersihan menyeluruh dijalankan di kawasan persekitaran kolej dan beliau berharap institusi pengajian itu bukan menjadi punca Leptospirosis.
Bernama
Mon Nov 03 2014
Seorang pelajar wanita berusia 18 tahun meninggal dunia disyaki akibat Leptospirosis. -Gambar fail
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Leptospirosis: Jabatan Kesihatan pantau rapi Kolej Matrikulasi Labuan
Jabatan Kesihatan Labuan akan memantau rapi keadaan di Kolej Matrikulasi Labuan (LMC) dan pelajarnya yang mempunyai simptom Leptospirosis, berikutan kematian seorang pelajar Isnin lepas.