Seorang penganggur dihukum penjara 13 tahun dan dua sebatan di mahkamah sesyen hari ini kerana liwat dan rogol kekasih bawah umur dua tahun lalu.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Amirul Rashid Ismail, 23, mengaku salah terhadap satu tuduhan liwat dan dua tuduhan rogol yang dikemukakan terhadapnya.

Tertuduh didakwa pada tuduhan pertama meliwat mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun 10 bulan di sebuah rumah di Kampung Panjang Perupok, Bachok, pada jam 7.30 malam awal Mei 2016.

Pada tuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa sama pada masa, tarikh dan di lokasi sama, manakala pada dakwaan ketiga, tertuduh didakwa merogol mangsa sama pada jam 12 tengah hari, 12 Mei 2016.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad.