awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OneXSugar Wallet jadi konsol mudah alih pertama dengan skrin lipat
Alam Flora kutip 3.2 tan sampah di KL pada sambutan Ambang Tahun Baharu
Johor perhebat penganjuran lebih 100 program pelancongan sempena VJY2026 dan TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lumba haram kereta mewah, 3 ditahan

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
21/01/2020
01:36 MYT
Lumba haram kereta mewah, 3 ditahan
Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes lumba haram di Jalan Kubang Kerian ke Pasir Hor pada Jumaat yang tular di media sosial. -Gambar fail
Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes lumba haram di Jalan Kubang Kerian ke Pasir Hor pada Jumaat yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata ketiga-tiga individu berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan sekitar jam 8 hingga 9 malam tadi.
"Individu wanita ini ditahan di rumahnya di Pasir Mas, manakala dua lelaki berkenaan pula hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu selepas dipanggil.
"Pihak kami juga menahan kedua-dua kenderaan mewah ini untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu tular di media sosial, video berdurasi 2.28 minit memaparkan gelagat sekumpulan individu yang terbabit dalam perlumbaan haram menyekat lalu lintas sebelum dua pemandu kereta berkenaan memulakan perlumbaan.
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 2 pagi.
Difahamkan, salah seorang daripada pemilik kereta mewah yang menyertai perlumbaan itu dikaitkan dengan ahli perniagaan kosmetik di Kelantan.
BACA: Pemilik kereta mewah ahli peniagaan kosmetik?
Abdul Rahim turut menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba atau menunjuk jaguh sehingga menyusahkan pihak lain.
"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang tanpa sebarang kompromi," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Daud
#Jalan Kubang Kerian
#kes lumba haram
#Pasir Hor
#pengusaha kosmetik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan