awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahadzir Lokman masih kritikal tetapi stabil - jurucakap keluarga

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2017
14:50 MYT
Mahadzir Lokman masih kritikal tetapi stabil - jurucakap keluarga
Mahadzir dikejarkan ke PPUM pagi tadi sekitar jam 10 selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di sini. - Sumber foto Instagram Datuk Mahadzir Lokman
Pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman yang berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sejak pagi tadi, kini masih kritikal namun stabil.
Menurut seorang jurucakap keluarga ikon penyiaran berusia 60 tahun ini, Mahadzir kini berada di bawah pengawasan rapi pihak Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM.
Katanya, keadaan jantung beliau agak lemah dan doktor sedang berusaha mengenal pasti punca penyakit. Mahadzir dikejarkan ke PPUM pagi tadi sekitar jam 10 selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di sini.
Astro AWANI difahamkan Mahadzir baharu pulang dari Jakarta, Indonesia, atas urusan kerja dua hari lalu.
Keadaan pengacara terkenal, Datuk Mahadzir Lokman yang kini berada di Unit Rawatan Rapi, PPUM kritikal namun stabil: Anak Saudara @501Awani
— FidaSamat AWANI (@dara0475) September 24, 2017
Terdahulu, adiknya Danial, ketika dihubungi Astro AWANI berkata, Mahadzir turut dilaporkan mengalami radang paru-paru dan buah pinggang beliau terjejas akibat terkena jangkitan.
Danial turut berkata harapan keluarganya agar rakan-rakan dan peminat yang mengenali Mahadzir untuk mendoakan kesejahteraan abangnya.
Topic Berkaitan
#Dale Lokman
#diabetes
#Mahadzir Lokman
#PPUM
#pusat perubatan universiti malaya
#radang paru-paru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan