Fakta dan keadaan kes menjurus kepada kesimpulan bahawa jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telahpun meninggal dunia dan empat perayu merupakan pelaku yang menyebabkan kematiannya serta kematian pembantunya, demikian diputuskan Mahkamah Rayuan di sini hari ini.
Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat berkata, keterangan langsung daripada anggota keluarga si mati, rakan, seorang saksi pendakwaan, Siti Hamidah Karnaz, keterangan mengikut keadaan berkaitan rekod telekomunikasi, bukti forensik dan DNA membuktikan kehadiran Sosilawati serta pembantunya di ladang kepunyaan seorang daripada perayu, N. Pathmanabhan.
"Adalah selamat untuk menyimpulkan bahawa Sosilawati dan pembantunya menemui ajal mereka di ladang itu," katanya dalam penghakiman setebal 59 halaman.
BACA: Waris Sosilawati puas hati keputusan mahkamah
Tengku Maimun berkata tiga lagi perayu – T. Thilaiyalagan, R.Matan, dan R. Kathavarayan – tahu tentang lokasi penemuan barangan yang dihapuskan dan tindakan mereka membawa polis ke tempat itu merupakan petunjuk yang pasti terhadap kesalahan perayu.
"Kami berpendapat bahawa kesimpulan yang boleh dibuat daripada fakta dan keadaan kes ini adalah bahawa dalam segala kebarangkalian manusia, Sosilawati telah meninggal dunia dan perayu merupakan pelaku yang menyebabkan kematiannya selain kematian Kamal, Hisham dan Kamil (pembantu Sosilawati)," katanya.
Panel tiga anggota hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Aziah Ali sebulat suara menolak rayuan dikemukakan Pathmanabhan, 45, seorang bekas peguam, dan pembantu ladang Thilaiyalagan, 23, Matan, 24, serta Kathavarayan, 35.
Panel hakim itu yang turut dianggotai Tengku Maimun dan Datuk Zakaria Sam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mensabit dan menjatuhi hukuman mati ke atas mereka kerana membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Keempat-empat mereka, yang memakai pakaian penjara merah dan putih, tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika Tengku Maimun menyampaikan keputusan.
Dalam penghakiman itu, hakim Mahkamah Rayuan (Hakim Tengku Maimun) berkata pembelaan Pathmanabhan, Thilaiyalagan dan Matan merupakan penafian semata-mata manakala pembelaan Kathavarayan pula mengaitkan tiga perayu lain.
Beliau berkata adalah jelas bahawa berlaku 'pertengkaran' antara tiga perayu (Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matan) serta Kathavarayan dan mahkamah mendapati akibat daripada serangan Kathavarayan itu membawa bencana kepada kesemua mereka.
Dalam keterangannya, Kathavarayan berkata Pathmanabhan, Thilaiyalagan dan Matan berada di ladang itu pada 30 Ogos 2010, begitu juga Sosilawati serta pembantunya. Dia mendengar jeritan dan bunyi seolah-olah berlaku pergaduhan di dalam sebuah bilik karaoke.
Dia turut memberi keterangan bahawa Sosilawati dan pembantunya dibunuh di ladang itu pada hari berkenaan dan arahan untuk membunuhnya diberi oleh Pathmanabhan.
Kathavarayan turut memberi keterangan bahawa persediaan untuk membunuh dan membakar mayat dilakukan pada hari sama. Katanya Thilaiyalagan dan Matan menyusun kayu api serta membakar mayat pembantu Sosilawati.
Tengku Maimun berkata panggilan telefon daripada Ahmad Kamil dan Noorhisham kepada isteri masing-masing memaklumkan bahawa Sosilawati menghadapi masalah dengan pemandunya Kamal, dan bahawa mereka akan pergi ke Genting Highlands selama tiga hari, merupakan versi yang sukar untuk dipercayai.
"Ini dalam bulan Ramadan yang mulia dan tidak mungkin sama sekali bahawa mereka, tanpa dirancang terlebih dahulu, memutuskan untuk ke Genting Highlands. Pada pandangan kami, berkemungkinan mereka dipaksa membuat panggilan itu untuk mengalih perhatian daripada perayu pertama (Pathmanabhan) dan Banting," katanya.
Tengku Maimun berkata mahkamah tidak mendapati sebarang merit dalam hujah perayu berkaitan kegagalan Hakim Mahkamah Tinggi untuk mempertimbangkan faktor tentu ketika menilai keterangan Siti Hamidah, pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di landang itu, yang ditegaskan mereka sebagai keterangan yang disuai pinda untuk memenuhi keperluan pelindung polis.
Siti Hamidah, yang diletakkan di bawah program perlindungan saksi, memberi keterangan bahawa dia melihat tiga lelaki dan seorang wanita yang tidak dikenalinya di ladang itu pada hari kejadian.
Tengku Maimun berkata meskipun kurangnya dapatan positif daripada tulang yang dijumpai dari ladang dan sungai serta kekurangan bukti berkaitan bahan bakar, mahkamah berpuas hati bahawa mayat Noorhisham, Kamal dan Kamil dibakar di ladang berkenaan.
Beliau berkata ini berdasarkan kepada keterangan Siti Hamidah dan DNA Noorhisham yang ditemui pada kayu kriket serta kesan darah pada dinding selain DNA Kamal serta Kamil pada kepingan zink.
Peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Matan, memberitahu wartawan bahawa kesemua perayu akan merayu terhadap keputusan hari ini.
Bernama
Fri Dec 04 2015
Gambar fail Thilaiyalagan (empat kiri) dan Pathmanabhan (kanan) diiringi polis selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, pada 23 Mei 2013. - fotoBERNAMA
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
Sediakan portal data untuk orang awam pantau keadaan pokok
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail,pihak berkuasa tempatan (PBT) harus ambil cakna untuk adakah sebuah portal data bagi pokok-pokok yang berada di Kuala Lumpur.
Pokok buluh boleh dijadikan sebagai penghalang kepada angin yang kuat
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr Nor Atiah Ismail, dengan adanya penghalang ini, ia daoat mengelakkan lebih kerap isu pokok tumbang daripada terjadi.
Lebih 8,000 permasalah ibadah dikemukakan sejak e-Taib diperkenal
Perkhidmatan menerusi aplikasi THhujjaj itu mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah di Tanah Suci dan juga mereka yang di tanah air.
Industri Padi: Strategi pengurusan perakaunan dalam kalangan pesawah
Bagaimana setiap pesawah padi boleh mengurus kewangan mereka dengan strategik di sebalik pelbagai cabaran? Kupasan bersama Koordinator (YSBC - Yunus Social Business Centre) UPM, Profesor Madya Dr Hasri Mustafa.
Hari Belia: Ramai dapat kerja tapi berkemahiran rendah?
Kadar pengangguran Malaysia menurun kepada 3.3 peratus namun masih ramai pekerja yang meraih pekerjaan berkemahiran rendah. Justeru dalam reformasi ekonomi yang diperlukan, apakah langkah sesuai untuk meningkatkan ruang kerja lebih mahir untuk rakyat Malaysia?
[DATA & STATISTIK] Penduduk Malaysia cecah 34 juta, 90% warganegara
Ini merupakan peningkatan 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (33.2 juta). Ia disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi Warganegara dan juga pertambahan penduduk Bukan Warganegara. Jumlah penduduk ini merangkumi 30.6 juta (90.0%) Warganegara dan 3.4 juta (10.0%) Bukan Warganegara.
Kesudahan bagi pembunuhan paling kejam di negara ini
Pembunuhan yang kelihatan dirancang rapi seperti yang didedahkan dalam perbicaraan penuh sensasi itu mengejutkan seluruh negara kerana mereka melakukannya sehari sebelum sambutan kemerdekaan.
Mahkamah: 'Sosilawati telah meninggal dunia dan perayu adalah lakunya'
Rekod telekomunikasi, bukti forensik dan DNA membuktikan kehadiran jutawan kosmetik itu dan pembantunya di ladang kepunyaan N. Pathmanabhan.