Tutup

Mahu hidup mewah dipercayai punca penjawat awam terima rasuah

Mahu hidup mewah dipercayai punca penjawat awam terima rasuah
Azih Muda berpendapat, gejala rasuah yang diterima penjawat awam boleh dikawal sekiranya struktur perkhidmatan awam mengetatkan undang-undang. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR : Kehidupan mewah diimpikan penjawat awam berbanding pendapatan yang kurang menjadikan mereka tergoda untuk menerima rasuah.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda bagaimanapun berkata, masalah itu boleh dikawal sekiranya struktur perkhidmatan awam mengetatkan undang-undang agar gejala itu tidak berlaku lagi.

“Cuepacs berpendapat mereka (penjawat awam) mahukan kemewahan tetapi gaji tidak cukup dan beberlanja lebih daripada pendapatan.

“Disebabkan mahu kehidupan yang lebih berjaya mereka ini terjebak dalam kancah-kancah pelakuan rasuah termasuk rasuah oleh pihak awam yang mempunyai kuasa untuk mendapatkan khidmat seks dan macam-macam lagi sehingga gejala ini perlu diberi perhatian,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendapati terdapat ramai pegawai kerajaan daripada sektor perolehan dan penguatkuasaan yang terlibat menerima rasuah berbentuk ‘pakej’ tertentu.

BACA: [EKSKLUSIF] Ramai pegawai kerajaan kini terima pakej rasuah - SPRM
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam wawancara bersama program Awani Pagi berkata, kebanyakan pakej rasuah yang ditawarkan pihak tertentu berbentuk perkhidmatan hiburan dan seks.



Justeru, Azih Muda berpendapat, pendedahan SPRM itu perlu dipandang serius dan tidak membenarkan gejala rasuah yang disifatkan sebagai duri dalam daging ini berleluasa.

“Kita tidak boleh hanya terima tidak dan penafian sahaja. Kami bersetuju jika proses undang-undang diberi penakanan oleh struktur perkhidmatan masing masing.

“Ia bagi memastikan tanggungjawab yang diberikan oleh pegawai mereka, terutama melibatkan anggota penguatkuasa tiada ruang untuk budaya rasuah berlaku,” jelasnya lagi.

BACA: [EKSKLUSIF] SPRM lucut hak rampas aset perasuah bernilai RM1.198 bilion tahun ini




Tag: kehidupan mewah, penjawat awam, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda, rasuah, SPRM



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.