MALAYSIA
"Mahu saman saya? Bring it on..." - Yusof Rawther

Muhammed Yusoff Rawther menegaskan, beliau sedia berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Bekas pembantu penyelidik di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammed Yusoff Rawther menegaskan, beliau sedia berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.
"Anwar mahu saman saya? Bring it on... " katanya dalam sidang media yang diadakan di sini pada Jumaat.
Sidang media itu diadakan bagi menjawab mengenai keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang membuat keputusan untuk tidak mendakwa seorang ahli politik yang didakwa melakukan serangan seksual.
Sementara itu, Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan reaksi Anwar mengenai kenyataan terbaharu Muhammad Yusof.
Bagaimanapun, difahamkan beliau akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Anwar pada minggu lalu berkata, beliau tidak dapat memaafkan Muhammed Yusoff yang menuduhnya melakukan serangan seksual.
"Saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan yang menghina terhadap saya," ujar Ahli Parlimen Port Dickson itu.
Menurut Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek, terdapat percanggahan fakta yang material, yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana orang di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain di bawah Kanun yang sama.
“Kami juga mendapati tidak terdapat cukup keterangan untuk membuat pertuduhan mengenai laporan-laporan polis yang dibuat berdasarkan keterangan-keterangan yang ada dalam Kertas
“Dalam hal keadaan yang demikian, kami bersetuju dengan saranan PDRM supaya kes ini ditutup,” katanya sambil menambah penyiasatan boleh dibuka semula sekiranya dan apabila terdapat keterangan baru.
Dalam kenyataan itu juga, Engku Nor Faizah berkata, atas sebab yang dinyatakan, Jabatan Peguam Negara setuju dengan saranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya kes itu tidak dilanjutkan.
BACA: Tutup kes! Bukti kes serangan seksual ahli politik ternama tidak cukup - AGC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami