awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malakoff nafi premis ditutup akibat COVID-19

Nailah Huda
Nailah Huda
03/03/2020
01:46 MYT
Malakoff nafi premis ditutup akibat COVID-19
Sebelum ini, Khazanah Nasional Bhd dan UDA Holdings Berhad mengesahkan seorang pekerja mereka positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan. - Gambar fail
Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menafikan dakwaan bahawa pejabatnya di KL Sentral ditutup akibat penularan koronavirus COVID-19.
“Ia adalah berita palsu,” kata jurucakap Malakoff ketika dihubungi Astro AWANI.
Maklumat palsu tersebut menular di media sosial dan aplikasi WhatsApp susulan pejabat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang turut terletak di KL Sentral sudah dikosongkan sejak Isnin akibat salah seorang kakitangannya dijangkiti virus itu.
Muat naik itu juga mendakwa bahawa pekerja-pekerja di bangunan Malakoff dikenakan perintah kuarantin dan dibenarkan bekerja di rumah.
Menurut laporan Bernama, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut mengesahkan bahawa maklumat tersebut adalah tidak benar.
Tidak pasti, jangan kongsi. Lagi berita palsu #COVID19 di Malaysia. Disahkan palsu oleh @DGHisham pic.twitter.com/JEg8LSlodp
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 2, 2020
Sebelum ini, Khazanah Nasional Bhd dan UDA Holdings Berhad mengesahkan seorang pekerja mereka positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.
Pekerja Khazanah itu dipercayai kes ke-26 yang dikatakan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China sekitar pertengahan Januari lalu.
BACA: Kakitangan Khazanah positif COVID-19
BACA: COVID-19: Ahli Lembaga Pengarah UDA disahkan positif
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Khazanah
#KL Sentral
#koronavirus
#Malakoff
#Noor Hisham Abdullah
#perintah kuarantin
#SemakFakta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan