awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Indonesia jalin kerjasama selamatkan baka badak sumbu Sumatera

Bernama
Bernama
01/06/2019
10:00 MYT
Malaysia, Indonesia jalin kerjasama selamatkan baka badak sumbu Sumatera
Tam, badak sumbu Sumatera jantan terakhir di Malaysia, menghembuskan nafas terakhir pada 27 Mei lalu. - Gambar fail
Kerajaan Malaysia dan Indonesia bakal menjalinkan kerjasama bagi menjayakan program pembiakan badak sumbu Sumatera sebagai usaha memelihara jenis haiwan berkenaan yang kini hidup di Sabah.
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata kerjasama itu dijangka dapat dilakukan menjelang hujung tahun ini demi menyelamatkan baka badak sumbu berkenaan daripada terus mengalami kepupusan.
"Badak sumbu Sumetara yang ada di Malaysia sekarang ini tidak lagi mampu menghasilkan baka baharu. Oleh itu, kerajaan akan berusaha untuk mendapatkan atau menyelamatkan jenis haiwan berkenaan.
"Kami difahamkan, hanya tinggal seekor saja lagi badak sumbu Sumatera yang masih hidup di negara ini jadi kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk memeliharanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan World International Students Public Welfare Media Art Exhibiton 2019 anjuran Kolej Damansara Utama (KDU) Kampus Glenmarie, di sini hari ini.
BACA: Kematian Tam seharusnya memberi peringatan
Pada Isnin lepas, badak sumbu Sumatera jantan terakhir di Malaysia mati berkemungkinan usianya yang lanjut iaitu 35 tahun menyebabkan berlakunya pelbagai kegagalan organ.
Tambah Tengku Zulpri, kerajaan juga dalam usaha menyelamatkan harimau belang yang direkodkan hanya berjumlah kurang daripada 200 ekor dalam hutan di seluruh negara.
BACA: Selepas Puntung, sanggupkah Malaysia kehilangan Tam dan Iman?
BACA: Tam mati akibat kegagalan jantung dan paru-paru
Katanya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membanteras kegiatan pemburu haram yang menceroboh hutan simpan di negara ini.
"Kami sudah lancarkan Ops Belang bagi membanteras pemburu haram yang menangkap haiwan ini dan kami juga akan berkerjasama dengan tentera dan polis untuk turut serta operasi dalam hutan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badak sumbu sumatera
#Harimau belang
#hutan
#Indonesia
#kerjasama
#Malaysia
#Ops Belang
#pemburu haram
#Perhilitan
#Sabah
#selamatkan baka
#Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan