awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Bernard Then - Najib

Bernama
Bernama
18/11/2015
06:43 MYT
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Bernard Then - Najib
Then dan seorang lagi mangsa culik, Thien Nyuk Fu diculik empat lelaki bersenjata dari Selatan Filipina Mei lepas. - Gambar Fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan rakyat Malaysia Bernard Then Ted Fen yang diculik empat lelaki bersenjata di Sandakan, Sabah pada Mei lepas.
"Saya, kerajaan dan semua rakyat Malaysia terkejut dan sedih dengan pembunuhan rakyat senegara kami Bernard Then dan kami mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu.
"Kami menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan tindakan kejam dan ganas ini serta memastikan mereka dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam laman Facebook dan akaun Twitter rasminya hari ini.
Najib berkata Malaysia akan memberi kerjasama penuh kepada agensi dan pihak berkuasa berkaitan yang bertanggungjawab dalam penyiasatan insiden berkenaan.
"Ingatan dan doa kami serta ucapan takziah buat keluarga dan rakan-rakannya," kata Najib.
Singapore Straits Times, melalui berita dalam taliannya di www.straitstimes.com melaporkan bahawa: "Brigadier-General Alan Arrojado, commander of the Joint Task Group Sulu said Bernard Then was beheaded at around 4pm at a remote Abu Sayyaf stronghold in Jolo island, in Sulu province, some 1,400km south of the capital Manila." (Komander Petugas Bersama Kumpulan Sulu, Brig Jeneral Alan Arrojado dilaporkan sebagai berkata Bernard Then dipancung kira-kira 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di pulau Jolo, di Wilayah Sulu, kira-kira 1,400km ke selatan Manila.")
Pada 14 Mei lepas, Then seorang jurutera elektrik merupakan antara dua mangsa yang diculik empat lelaki bersenjata dari Selatan Filipina yang menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan dalam kejadian pada 7.45 malam.
Seorang lagi mangsa culik ialah Thien Nyuk Fun, 50 yang juga pengurus restoran berkenaan.
Bagaimanapun pada 8 Nov lepas, Thien dibebaskan oleh kumpulan penculik berkenaan melalui rundingan antara kerajaan Malaysia bersama kumpulan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Abu Sayyaf
#Bernard Then
#Filipina
#Thien Nyuk Fun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan