awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus restoran mangsa culik di Sandakan dibebaskan - Laporan

Harits Asyraf Hasnan, Shuhami Zabri
Harits Asyraf Hasnan, Shuhami Zabri
09/11/2015
06:36 MYT
Pengurus restoran mangsa culik di Sandakan dibebaskan - Laporan
Chan Wai See, 40, (kanan) isteri kepada Bernard Then, dan Chung Chin Lung, 32, (kiri) anak kepada Thien Nyuk Fun menunjukkan gambar mangsa culik ketika membuat kunjungan di pejabat Menteri Dalam Negeri pada Ogos lalu. - Foto Bernama
Pengurus restoran makanan laut, Thien Nyuk Fun, 50, yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Sandakan Mei lalu, dibebaskan selepas enam bulan berada dalam tahanan kumpulan tersebut.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang mengesahkan perkara tersebut sebagai berkata Thien tiba di Sandakan kira-kira pukul 10 malam setelah melalui perjalanan lebih enam jam untuk sampai ke pangkuan keluarganya.
"Pada 8 November 2015, jam lebih kurang 10 malam, Nyuk Fun telah selamat sampai di Sandakan.
"Setelah mengharungi perjalanan yang sangat jauh melalui jalan darat di beberapa buah pulau dan melalui jalan laut dengan menggunakan bot laju dari Jolo, Sulu yang mengambil masa lebih kurang enam jam, mangsa telah selamat sampai di pangkuan keluarganya di Sandakan.
"Keadaan mangsa sihat tetapi masih lemah dan letih oleh kerana perjalanan yang jauh, juga disebabkan beberapa aspek emosi," kata Jalaluddin dalam satu kenyataan kepada pihak media.
Tambahnya, usaha untuk menyelamat dan membebaskan seorang lagi mangsa, Bernard Then, 39, masih diteruskan.
Kumpulan pemisah Filipina, Abu Sayyaf dilaporkan bertanggungjawab dalam kes penculikan tersebut, Mei lalu.
Sementara itu, usaha masih lagi diteruskan untuk menyelesaikan perbincangan bagi pembebasan seorang lagi rakyat Malaysia, Bernard Then, 39.
Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi dari pihak polis mengenai pembebasan tersebut.
BACA: Thien dan Then diculik dari Restoran Ocean Seafood di Sandakan pada 15 Mei lalu.
BACA: Penculik di Sandakan hubungi keluarga mangsa minta wang tebusan
BACA: Penculik minta wang tebusan, biaya makanan dan ubat kencing manis - Polis Sabah
Topic Berkaitan
#Abu Sayyaf
#Bernard Then
#Filipina
#Thien Nyuk Fun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan