Kerajaan Malaysia menerima pelbagai cadangan daripada pelabur swasta bagi Projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
"Ya, kita sedang berbincang dengan beberapa pelabur swasta. Terdapat pelbagai cadangan. Kita masih meneliti cadangan tersebut," katanya kepada pemberita semasa lawatan beliau ke cadangan tapak RTS Woodlands North, di sini, pada Selasa.
Beliau diiringi oleh rakan sejawatannya dari Singapura Khaw Boon Wan.
Terdahulu, pada sidang media bersama, Loke berkata kerajaan menimbang untuk melibatkan sektor swasta dalam projek tersebut, yang menelan kos RM4 bilion dan akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia.
Malaysia dan Singapura hari ini secara rasmi memeterai perjanjian tambahan bagi menangguhkan projek tersebut sehingga 30 September tahun ini.
BACA: Malaysia, Singapura meterai perjanjian tambahan gantung pembinaan Projek Laluan RTS
Malaysia akan membayar balik kepada Singapura kira-kira RM2 juta menjelang 31 Julai, 2019, sebagai kos terbantut yang ditanggung akibat penangguhan selama enam bulan itu.
Mengulas mengenai kunjungan beliau ke tapak itu, Loke berkata ia membantunya memberikan pemahaman yang lebih baik tentang keseluruhan projek tersebut.
"Sudah tentunya ia perlu munasabah untuk menyepadukan kedua-dua perkhidmatan dari Johor Bahru ke Singapura. Apabila kita sampai di sini kita perlu menyepadukannya atau anda perlu menghubungkannya kepada sistem MRT dan ia menyediakan hubungan yang baik.
"Saya telah berkongsi dengan menteri Singapura bahawa apa yang sama penting adalah hubungan di bahagian Johor Bahru. Bagi Johor Bahru, kereta api itu akan berakhir di Bukit Chagar dan hubungan ke keseluruhan Johor Bahru juga penting," katanya.
BACA: Isu projek RTS: Sultan Johor berkenan serah tanah Bukit Chagar tanpa kos
Laluan RTS sejauh empat kilometer itu dirancang untuk menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru ke stesen Woodlands North di Laluan Thomson-East Coast MRT Singapura.
Loke berkata sekiranya projek RTS diteruskan, Bukit Chagar akan menjadi hab pengangkutan yang akan menghubungkan keseluruhan Johor Bahru dengan Transit Bas Rapid (BRT), projek yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda).
Irda dilaporkan bersedia untuk melancarkan pelan menyeluruh bagi BRT yang bernilai RM2.56 bilion yang bertujuan mengurangkan kesesakan dan pencemaran dan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam di bandar raya itu.
BACA: Kerajaan akan tuntut semula tanah RTS - Tun Mahathir
Loke berkata beliau akan memaklumkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri kabinet yang lain mengenai RTS pada mesyuarat mereka akan datang.
Semasa tempoh penggantungan itu, Malaysia akan memutuskan sama ada ia berhasrat untuk meneruskan projek Laluan RTS seperti yang dirancang asalnya atau mencadangkan perubahan kepada skop dan struktur projek itu.
Malaysia yang meminta penangguhan itu pada April perlu membayar lebih daripada S$66 juta (RM200 juta) sekiranya memilih untuk menamatkan projek tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2019
Loke dan Khaw (kiri) melihat gambar-gambar Pembinaan Rangkaian RTS ketika melawat ke tapak pembinaan RTS, di Woodlands Utara, Singapura, 21 Mei, 2019. --fotoBERNAMA
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Sektor pengangkutan pamer perkembangan positif, tingkat hasil pendapatan negara
Ia merangkumi semua sektor pengangkutan darat, maritim dan udara meskipun negara berdepan pelbagai cabaran domestik dan antarabangsa.
Kapal Israel tidak dibenar berlabuh Selasa depan - Loke
Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang seperti dijadualkan pada Selasa minggu depan.
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.
Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony
Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa landskap politik di Malaysia sudah berubah, kata Anthony.
Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran beliau pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke
Sikap toleransi dalam bermasyarakat dan mengambil jalan sederhana ketika berpolitik merupakan asas bagi memastikan Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia.
PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke
Kementerian Pengangkutan meluluskan lesen operasi sementara bas bagi menambah perjalanan ulang alik laluan darat antara Malaysia dan Singapura sempena PRK di Johor.
Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke
DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti penjelasan itu perlu dilakukan.
Nahas Elmina: CVR mungkin dihantar ke Florida untuk tujuan analisa - Anthony Loke
Keputusan itu sedang dipertimbangkan selepas makmal analisa di Singapura dilaporkan gagal untuk mendapatkan rakaman suara 30 minit terakhir.