MALAYSIA
Mana nak pohon permit 'selfie'?- Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa dikerumuni orang ramai yang mahu berswafoto dengannya. - Foto Facebook/@najibrazak
Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya tidak habis-habis lagi dengan isu 'selfie'.
Selepas mempersoalkan tindakan anggota Pakatan Harapan (PH) yang membuat laporan polis ke atasnya kerana tindakan 'selfie' di Langkawi semalam, Bekas Perdana Menteri itu sekali lagi berjenaka mengenai perkara itu.
Kali ini, beliau bertanya pula di mana boleh memohon permit 'selfie'.
"Semalam saya cari apam balik di Pasar Malam Kuah. Siapa tahu kaunter dan jabatan mana yang saya boleh pohon permit selfie?," katanya dalam status di laman sosial Facebook.
Polis menerima lima laporan susulan program Bossku yang diadakan Bekas Perdana Menteri itu di Langkawi selama tiga hari bermula Jumaat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami