Selepas dibenarkan pulang pada Selasa, mangsa banjir di daerah Baling terpaksa berpindah kembali ke pusat pemindahan malam tadi selepas hujan lebat sejak awal malam mengakibatkan kediaman mereka kembali dinaiki air.
Kali ini, seramai 145 orang mangsa melibatkan 49 keluarga terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir iaitu di Dewan Tun Razak dan Kompleks Sukan Batu 42.
Pegawai Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Baling, Lt Mohd Faizol Ab Aziz berkata, hujan lebat yang turun bermula jam 7 malam sehingga 10 malam tadi telah menyebabkan paras air Sungai Baling meningkat sehingga melimpahi ke kawasan penduduk.
"Kesemua mangsa telah dipindahkan semula ke pusat pemindahan ekoran air sedalam 0.5 hingga 1 meter memasuki rumah mereka," katanya, sambil menambah, mangsa dipindahkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pejabat Daerah Baling dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat.
Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Tanjung Merbau, Kampung Lubuk Pedati dan Kampung Pantai.
BACA: Banjir Baling: 50 orang dari 17 keluarga dipindahkan
Mohd Faizol berkata, Pegawai Daerah dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling telah melawat serta menyampaikan bantuan awal berupa keperluan makanan, selimut, bantal, tuala dan ubatan.
Beliau turut memaklumkan, sekiranya penduduk memerlukan bantuan untuk berpindah, mereka boleh menghubungi Pejabat APM di talian 04-4701546 atau Bilik Gerakan APM di talian 04-4701626 yang beroperasi 24 jam.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Oct 09 2019
Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Tanjung Merbau, Kampung Lubuk Pedati dan Kampung Pantai. - Astro AWANI
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Hujan berterusan, peningkatan air sungai punca banjir besar
Hujan berterusan menyebabkan peningkatan paras air sungai pada tahap waspada dan bahaya.
Pengunjung kawasan air terjun Hulu Selangor perlu peka cuaca, tanda kepala air
Kepala air berlaku apabila hujan lebat terjadi di bahagian hulu sungai walaupun cuaca di lokasi orang ramai mandi adalah baik.
Banjir kilat: Kawasan dinaiki air di bandar Bentong kembali surut
Cuaca dilaporkan baik pada pagi ini dan kebanyakan kawasan yang dilanda banjir kilat mula surut.
Limbang dilanda banjir kilat awal pagi
Antara kawasan yang turut terjejas termasuk Jalan 7 Batu Keliling, Taman Damai, Taman Indah dan kuarters IPD Limbang.
Banjir: Tiada pilihan, mereka mungkin terpaksa dipindahkan - Hasanuddin
Sebelum ini kerajaan negeri dan kerajaan pusat pernah berbincang untuk menaik taraf keadaan Sungai Hulu Langat sehingga ke Sungai Kuala Langat.
Fenomena kepala air: Tekanan di empangan sementara antara faktor utama
Fenomena turut menyebabkan kadar air sungai meningkat secara mendadak dan banjir kilat di kawasan penempatan terutama di kawasan tinggi.
JAS Perak tunggu keputusan sampel air Sungai Kuang yang didakwa tercemar
Laporan itu dijangka mengambil masa kira-kira sebulan bagi mengetahui keputusan sampel air yang diambil pada Khamis lepas.
Masalah air bersih di pantai timur Sabah perlu perhatian
Penduduk di Tawau mendakwa, penderitaan sudah berlarutan selama beberapa tahun, tanpa perhatian pihak berwajib.
Hujan lebat berterusan di Vietnam, 17 dilaporkan maut
Paras air diramal terus meningkat dan air sungai dijangka melimpah, menenggelamkan lebih banyak kawasan di bandar berdekatan.
Air sungai melimpah, banjir mula melanda Chongqing, China
Air sungai Yangtze melimpah dan membanjiri sekitar bandar Chongqing yang terletak di barat daya China pada Rabu.