awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masalah bumbung bocor di Axiata Arena tidak akan berulang - PSM
Pegang kayu di plaza tol, polis buru dua individu
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa pencemaran sisa kimia meningkat kepada 506

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/03/2019
12:51 MYT
Mangsa pencemaran sisa kimia meningkat kepada 506
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata daripada jumlah tersebut, seramai 166 mangsa sedang menerima rawatan di hospital dan sembilan individu berada di unit rawatan rapi (ICU). - Gambar fail/BERNAMA
Bilangan mangsa pencemaran bahan toksik yang dibuang di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada Khamis lalu kini meningkat kepada 506 orang keseluruhannya setakat hari ini.
Dalam sidang media khas yang diadakan pada Rabu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata daripada jumlah tersebut, seramai 166 mangsa sedang menerima rawatan di hospital dan sembilan individu berada di unit rawatan rapi (ICU).
Bagaimanapun, katanya sehingga kini tiada sebarang kematian dicatatkan akibat kejadian pencemaran sisa toksik itu. Tegasnya, penyebaran sisa bahan kimia berbahaya itu boleh memberi kesan dalam radius 5 kilometer (km). “Bahan kimia dari sungai itu dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya tekanan suhu dan kelajuan (pergerakan) angin. "Ini boleh menyebabkan bukan sahaja 5km (kawasan terjejas) tetapi lebih dari jarak tersebut,” katanya.
BACA: Pencemaran bahan kimia: 34 buah sekolah lagi diarah tutup BACA: 'Task force' ditubuhkan siasat punca pencemaran kimia - MB Johor
Jelasnya, beberapa langkah pencegahan perlu dipatuhi oleh orang awam, penduduk setempat dan petugas keselamatan bagi memastikan kesihatan berada pada tahap yang baik. “Elakkan berada di kawasan kejadian. Dapatkan rawatan jika gejala-gejala seperti loya-loya, sesak nafas, muntah, sakit mata, sakit dada dan sebagainya. “Orang awam dan petugas keselamatan diminta mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk menggunakan alat pelindung diri yang sesuai dengan arahan pasukan bomba dan penyelamat,” katanya.
Selain itu, Dr Dzulkefly juga mengarahkan orang awam supaya menghentikan sebarang aktiviti riadah di kawasan Sungai Kim Kim dan membersihkan diri serta pakaian secara berasingan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Topic Berkaitan
#Bencana Kim Kim
#Dr Dzulkefly
#Gas Metana
#Hospital
#ICU
#Johor Bahru
#kimia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan