MALAYSIA
'Task force' ditubuhkan siasat punca pencemaran kimia - MB Johor

Kata Osman, pasukan itu melibatkan beberapa agensi berkaitan bagi menyiasat punca sebenar pencemaran tersebut. - Gambar fail
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian memaklumkan satu pasukan petugas khas (task force) telah ditubuh serta-merta bagi menangani krisis pencemaran sisa kimia di sekitar Pasir Gudang, Johor.
Katanya, pasukan itu melibatkan beberapa agensi berkaitan bagi menyiasat punca sebenar pencemaran tersebut.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas yang diadakan di Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang sebentar tadi berikutan keadaan pencemaran bahan kimia kini memasuki fasa kritikal.
Dalam pada itu, Osman turut memaklumkan bahawa kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan bantuan kecemasan sebanyak RM6.4 juta sebagai bantuan segera bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan, membantu pihak-pihak yang terjejas termasuk mangsa dan pegawai keselamatan yang terdedah dengan bahaya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami