awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MARA tamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmeer serta-merta

Bernama
Bernama
02/05/2015
23:57 MYT
MARA tamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmeer serta-merta
MARA menamatkan pinjaman pelajaran bagi Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, dengan serta-merta setelah disabitkan bersalah oleh mahkamah London.
MARA menamatkan pinjaman pelajaran bagi Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, dengan serta-merta setelah disabitkan bersalah oleh mahkamah di London pada 30 April lepas, memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat MARA Rohayah Mohd Zain dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya memandang berat kesalahan dilakukan oleh mana-mana pelajar di bawah tajaan organisasi itu.
"MARA menggantung pinjaman pelajaran beliau (Nur Fitri Azmeer) sejak ditahan reman pada November lepas atas pertuduhan itu.
BACA : Pelajar genius Malaysia di London dipenjara lima tahun miliki bahan lucah kanak-kanak
"Bagaimanapun setelah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman, pinjaman tersebut ditamatkan serta-merta dan beliau dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah disalurkan," kata Rohayah.
Berdasarkan laporan portal United Kingdom International Business Times, Nur Fitri Azmeer, dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown, London setelah disabit dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak.
Nur Fitri Azmeer mengaku melakukan kesalahan tersebut.
Menurut portal itu, Nur Fitri Azmeer akan dihantar pulang ke Malaysia sebaik sahaja selesai menjalani hukuman penjara.
Topic Berkaitan
#London
#lucah
#MARA
#Nur Fitri Azmeer Nordin
#pornografi
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan