Pelajar Malaysia pintar Matematik, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh Mahkamah Southwark Crown, London pada Khamis.
Menurut laporan portal United Kingdom International Business Times, Nur Fitri telah disabit dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak
Nur Fitri mengaku melakukan kesalahan tersebut sehingga tarikh November 2014 di mahkamah yang sama.
Nur Fitri yang ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, West London mula belajar di Imperial College sejak tahun lalu.
Pihak Polis Metropolitan berjaya mengesan Nur Fitri selepas menemui satu akaun internet miliknya yang telah memuat turun beribu-ribu video dan imej lucah kanak-kanak.
Polis telah bertindak menggeledah rumahnya pada November 2014 dan menemui komputer riba milik Nur Fitri yang masih terbuka bersebelahan sebuah patung kanak-kanak.
Ketika ditahan, polis mendapati Nur Fitri yang juga pemegang biasiswa Matematik memiliki 601 buah video dan imej lucah Kategori A iaitu kategori penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak, serta beratus-ratus bahan lucah kategori B dan C.
Secara keseluruhan, polis telah menemui lebih daripada 30,000 imej tidak senonoh dan video penderaan seksual kanak-kanak selepas memeriksa peralatan elektronik miliknya.
“Nur Fitri terlibat dalam aktiviti memiliki dan berkongsi beberapa imej yang ‘sangat ekstrim’ yang pernah kami lihat dalam jenayah bahan lucah kanak-kanak.
“Hukuman penjara yang dijatuhi mahkamah sememangnya sukar dielak memandangkan jumlah imej dan kandungan yang dimiliki Nur Fitri berada pada tahap membimbangkan,” kata salah seorang Pegawai Unit Jenayah Berat Metropolitan, Sara Keane.
Nur Fitri yang berasal dari Malim Nawar, Perak merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2009, Nur Fitri meneruskan pelajarannya di salah sebuah kolej persediaan antarabangsa di Malaysia sebelum ditawarkan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk melanjutkan pelajaran di Imperial College di London dalam jurusan Matematik.
Pada tahun 2011, Nur Fitri pernah bertanding dalam Kejuaraan Olimpik Matematik di Amsterdam.
Turur dilaporkan portal tersebut, Nur Fitri akan dihantar pulang ke Malaysia sebaik sahaja dibebaskan dari hukuman penjara.
Astro Awani
Sat May 02 2015
Pihak Polis Metropolitan berjaya mengesan Nur Fitri selepas menemui sebuah akaun internet miliknya yang telah membuat muat turun beribu-ribu video dan imej lucah kanak-kanak. - Foto Facebook
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Miliki 67 gambar dan 55 video lucah dalam telefon bimbit, pembantu kedai didenda RM5,000
Seorang pembantu kedai didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit tahun lalu.
Saksi kes Ebit Lew tak dibenar beri keterangan melalui kamera
Mahkamah Majistret Tenom tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk saksi seterusnya bagi kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew memberi keterangan secara tertutup melalui kamera.
'Influencer' Singapura didakwa kongsi bahan lucah melalui OnlyFans
Low, 22, dipercayai pencipta kandungan OnlyFans pertama di Singapura yang didakwa kerana berkongsi bahan lucah.
Youtuber kontroversi Singapura, Amos Yee, didakwa miliki pornografi perempuan bawah umur
Remaja itu beberapa kali memberitahu Amos tentang usianya, namun Amos telah mengarahkannya supaya memadam maklumat usia dalam profil WhatsAppnya.
Tiada lagi kandungan lucah di Tumblr bermula 17 Disember ini
Melalui dasar baru, kandungan erotik dan foto bogel yang mempunyai nilai berita serta terkait dengan hasil seni sahaja diterima untuk platform berkenaan.
Kanak-kanak semakin mudah mengakses pornografi? Ini tak boleh jadi!
35.3 peratus mereka yang berusia 13 hingga 24 tahun terdedah kepada pornografi dengan kebanyakannya mengakses bahan itu melalui pelbagai medium dan platform.
Nur Fitri peroleh kebenaran diekstradisi ke Malaysia
Nur Fitri telah memperoleh kebenaran untuk diekstradisi ke Malaysia selepas berakhir tempoh hukuman.
Kesalahan Nur Fitri jenayah yang amat berat - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kesalahan Nur Fitri Azmeer Nordin sebagai satu jenayah yang amat berat.
Teruskan hukuman penjara kepada pesalah pedofil - pembaca Astro AWANI
Setakat jam 7 petang tadi, majoriti pembaca yang melayari portal Astro AWANI bersetuju bahawa Nur Fitri harus meneruskan hukuman penjara tidak kira di Malaysia atau United Kingdom.
Pedofil: 'Buat apa nak beri peluang kedua?' - Media Sosial
Ramai netizen yang menyuarakan rasa ketidak puas hatian mereka sejurus berita penjatuhan hukuman kepada Nur Fitri memenuhi portal-portal berita