awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Matthias Chang ditahan polis di bawah SOSMA - Khalid

Bernama
Bernama
08/10/2015
14:44 MYT
Matthias Chang ditahan polis di bawah SOSMA - Khalid
Menurut polis, Matthias (gambar) ditahan mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan. - Gambar Fail
Peguam kepada bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang hari ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama malam ini, mengesahkan perkara itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohmad Salleh berkata Matthias ditahan petang tadi ketika melawat anak guamnya (Khairuddin) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
"Dia ditahan mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Kedua-dua seksyen itu, masing-masing berhubung kesalahan sabotaj dan cuba untuk mensabotaj negara.
Mohmad bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Pada 28 Sept lepas, Matthias telah dipanggil bagi memberi keterangan di IPD Dang Wangi berhubung kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu.
Khairuddin sebelum ini, direman selama enam hari mulai 19 Sept mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.
Pada 23 Sept, Khairuddin ditahan semula di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah SOSMA 2012 atas dakwaan cuba melakukan aktiviti yang boleh mensabotaj negara.
Topic Berkaitan
#Dang Wangi
#IPD
#Khairuddin Abu Hassan
#Khalid Abu Bakar
#Matthias Chang
#Mohd Akmal Afiq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan