Tutup

Mayat Daniel Danish ditemui

Mayat Daniel Danish ditemui
Mayat mangsa dalam keadaan terapung itu dikesan oleh pasukan penyelam bomba kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Pelajar Tingkatan Dua yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Kampung Seberang Tuan Chik, Kuala Terengganu pada Selasa ditemui lemas hari ini.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, mangsa, Daniel Danish Mohd Jasmin, 14, dijumpai kira-kira jam 11.02 pagi.

Menurut Rozizah, mayat mangsa di kesan terapung oleh pasukan penyelam bomba kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Untuk operasi ini, jabatan bomba telah mendapat bantuan daripada Unit Pengesan K9 Bomba dimana sebanyak dua ekor anjing digunakan dalam usaha mencari mangsa lemas.
“Kita mendapat petunjuk kedudukan mangsa selepas dikesan anjing berkenaan. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua anggota yang terbabit dalam operasi SAR yang dilakukan selama dua hari bermula Selasa,” katanya.

BACA: Aktiviti memancing lima sekawan berakhir dengan seorang dikhuatiri lemas

Jelas Rozizah, menerusi pencarian yang memasuki hari kedua itu pencarian diperluaskan merangkumi jarak 1.5 kilometer melibatkan 50 kekuatan.

Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Pada Selasa, kegembiraan lima sahabat untuk menghabiskan cuti persekolahan Deepavali  dengan memancing dan bermandi manda berakhir tragedi selepas seorang daripada mereka dikhuatiri lemas.

Mangsa dikatakan gagal berenang untuk berpatah balik ke tebing sungai sebelum dihanyutkan arus sebelum hilang.


Tag: Kuala Terengganu, hilang, pelajar, mayat, lemas, mangsa, operasi, bomba



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.