NATIONAL
Mayat pelancong hilang di Taman Negara Mulu ditemukan

Difahamkan, pasukan bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian menggunakan helikopter.
Mayat seorang pelancong Belanda yang dilaporkan hilang ketika banjir kilat di Gua Rusa Taman Negara Mulu, Miri ditemukan pagi ini oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR).
Menurut Ketua Balai Polis Marudi Sarjan Johnny Bedu, mayat mangsa dipercayai Peter Hoverkamp, 66 tahun itu ditemukan dalam keadaan terapung di sungai kira-kira jam 7 pagi.
Sementara, seorang lagi mangsa yang merupakan pemandu pelancong rakyat tempatan, Roviezal Robin, 20 tahun masih belum ditemui.

Seorang lagi mangsa yang merupakan pemandu pelancong rakyat tempatan, Roviezal Robin, 20 tahun masih belum ditemui. - Foto Facebook
Bagaimanapun, kata Johnny, baju dipercayai milik mangsa ditemui di sekitar lokasi kejadian.
Difahamkan, pasukan bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian menggunakan helikopter.
Terdahulu, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang pada pukul 5.50 petang Jumaat.
Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak serta Bomba Marudi telah menerima maklumat mengenai kejadian itu dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi pada pukul 6.00 petang Jumaat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami