Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan Movie Animation Park Studios (MAPS) dalam masa terdekat.
Beliau berkata perjumpaan itu antaranya bagi mengetahui tarikh bayaran pampasan ke atas 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak yang diberhentikan serta-merta berikutan penutupan taman tema tersebut berkuat kuasa pada 28 Jan lalu.
"Perkara itu belum dimaklumkan kepada saya. Saya belum berjumpa dengan pihak pengurusan, selepas perjumpaan, saya akan maklumkan kepada anda (pemberita) atau pihak pengurusan yang akan cakap," katanya.
BACA: Taman tema MAPS akhirnya tutup
BACA: MAPS tutup: 265 pekerja akan dapat pampasan
Beliau ditemui pemberita semasa sambutan Tahun Baru Cina Dewan Undangan Negeri Chenderiang di Taman Mas di sini pada Isnin. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.
Pada 29 Jan lalu, menerusi satu kenyataan Pengarah Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) Zadrul Insan Mustadza dan Yang Idros Yang Razali berkata seramai 265 pekerja MAPS yang diberhentikan akan diberikan pampasan mengikut garis panduan Akta Pekerja 1955, namun tidak menyatakan jumlah pampasan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 03 2020
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan Movie Animation Park Studios (MAPS) dalam masa terdekat. - Gambar fail/BERNAMA
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Ziyad dibuktikan lewat tiba di bilik menunggu
KBS memandang serius isu ini dan akan memastikan ia tidak lagi berulang di masa akan datang.
Ketegangan PN Perak beransur pulih - Penganalisis
Sharifah Syahirah berkata, perkara itu sekali gus akan menyelesaikan kemelut politik yang wujud di negeri itu.
Krisis politik Perak bukan isu nasional - Annuar
Annuar berkata, apa yang berlaku itu diharapkan dapat ditangani menerusi semangat MMN dan PN.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Politik Perak: 'Saya dukacita jika orang Melayu berpecah' - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa menyatakan rasa tidak gembira dengan perkembangan yang berlaku di Perak malah dukacita jika orang Melayu berpecah.
Politik Perak: Mungkin usaha penjajaran politik baharu UMNO - Pakar
"Realiti politik kini adalah kerjasama politik itu tidak mustahil walaupun asasnya ada perbezaan,"
PN, MN di Perak rapuh, tidak berfungsi dengan baik - Hisomuddin
Hisomuddin berkata, tindakan berani yang dibuat UMNO turut memperlihatkan parti itu mahu angka majoriti perlu dihormati semua parti dalam PN.
Belanjawan 2021: Fokus pelancongan, golongan sasar dan usaha atasi COVID-19 - Ahmad Faizal
Belanjawan 2021 juga diharapkan dapat membantu kerajaan negeri memperkasakan semula rakyat.
Perak terima RM1 bilion pelaburan tambahan oleh syarikat swasta
Perak raih pelaburan tambahan bernilai lebih RM1 bilion selepas tujuh syarikat swasta memeterai dokumen komitmen untuk mengembangkan perniagaan mereka di negeri itu.
Pasar harian, pasar malam, bazaria dibuka berperingkat mulai Isnin - MB Perak
Pembukaan pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria itu adalah mengikut lokasi-lokasi yang telah dipilih oleh PBT.