awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA bantah apa jua RUU berkaitan hudud di Malaysia - Liow

Astro Awani
Astro Awani
27/05/2016
03:07 MYT
MCA bantah apa jua RUU berkaitan hudud di Malaysia - Liow
LIOW: Ia bukanlah rang undang-undang kerajaan mahupun yang selari dengan prinsip dan kedudukan Barisan Nasional. - Gambar fail
MCA hari ini mengulangi pendirian untuk membantah mana-mana rang undang-undang bagi pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan, pelaksanaan hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan menjejaskan hubungan antara-etnik.
"Rang undang-udang yang dikemukakan Datuk Seri Hadi Awang adalah RUU persendirian, yang didorong oleh matlamat PAS melaksanakan undang-undang jenayah Syariah di Kelantan.
"Ia bukanlah rang undang-undang kerajaan mahupun yang selari dengan prinsip dan kedudukan Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sehubungan itu, jelas Liow, MCA tidak akan menyokong mana-mana rang undang-undang bagi melaksanakan hukum tersebut.
Jelas beliau, MCA mahu kerajaan mengekalkan struktur sistem perundangan sedia ada yang diwujudkan sebelum ini.
Katanya, ia diwujudkan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, yang menyokong kebebasan untuk semua kaum, agama dan latar belakang masyarakat.
Sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian berkaitan hudud oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat ditangguhkan pada Khamis.
Rang undang-undang persendirian itu disenaraikan sebagai agenda terakhir dalam aturan mesyuarat pada hari akhir sidang Dewan Rakyat semalam.
Ia buat pertama kalinya dibenar untuk dibentangkan di sidang Dewan Rakyat, selepas dipercepatkan untuk dibahaskan.
BACA: Hudud: Selepas RUU dibenar dibahas, Hadi pula minta tangguh
BACA: RUU berkaitan hudud ditangguh kerana kesuntukan masa - Hadi Awang
Bagaimanapun ia kemudiannya diminta tangguh daripada dibahaskan oleh Abdul Hadi kerana kesuntukan masa.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#hudud
#jenayah syariah
#Liow Tiong Lai
#Rang Undang-Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan