“Mereka asyik menangis dan ia memang menyedihkan,” demikian kata saksi yang dikenali sebagai 'Chang' ketika mengimbas kembali detik-detik mendebarkan membabitkan insiden seorang kanak-kanak lelaki yang tercampak keluar dari kereta di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), pada Isnin.
Menurut Chang, 30, yang juga pemilik akaun Facebook Alan Chang, kejadian berlaku begitu pantas dan mengejutkan memandangkan dia tidak pernah berdepan dengan insiden sedemikian sebelum ini.
“Masa itu saya dengan isteri terkejut dan tertekan sebab pertama kali kami tengok kejadian seperti itu. Nasib baik ada abang-abang lori dan mereka turun dengan cepat untuk papah kanak-kanak itu sebelum serahkan kepada ayah mangsa.
“Seorang lagi mangsa yang memandu kereta Perodua Myvi warna kelabu merupakan seorang doktor dan dia membantu merawat kanak-kanak itu di tepi jalan.
“Ada juga penunggang motosikal dan pemandu lain memberhentikan kenderaan mereka untuk menjaga laluan trafik,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
BACA: Tular budak tercampak atas lebuh raya PLUS, pemandu Myvi biru diburu
Menceritakan lebih lanjut, Chang berkata walaupun kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius, namun keadaan ketika itu begitu getir dan sebak.
Chang memaklumkan berada di lokasi kejadian bersama pengguna jalan raya lain sekitar 30 minit bagi menghulurkan bantuan, selain menenangkan keluarga mangsa.
“Saya pun rasa sangat tension dan sedih sebab ibu bapa dan anak-anaknya sangat takut. Mereka asyik menangis dan memang menyedihkan melihat keadaan mereka.
“Tetapi susah nak buat apa sebab kami pun sedang menunggu ambulans datang dan nasib baik ada Dr Chong. Dia membalut (luka) kanak-kanak itu,” ujarnya.
Chang yang juga pemilik rakaman ‘dash cam’ kejadian memberitahu telah membuat laporan polis di Balai Polis Kepong sebaik tiba di Kuala Lumpur, semalam.
Justeru, dia menasihatkan agar pengguna jalan raya tidak memandu dalam keadaan berbahaya sehingga boleh mengancam nyawa orang lain.
Terdahulu, rakaman video berdurasi selama 59 saat yang dirakam menggunakan ‘dash cam’ tular di laman sosial.
Menerusi rakaman itu, dua pemandu kereta jenis Perodua Myvi kelihatan berlumba dan menukar lorong sesuka hati sebelum menghimpit kereta Honda Civic mengakibatkan pemandu tersebut hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan.
Akibat perlanggaran itu, seorang penumpang kanak-kanak lelaki yang berada di dalam kereta Honda Civic telah tercampak keluar dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya.
Kemalangan berlaku di Kilometer 235.5 Lebuhraya PLUS Ayer Keroh-Senawang arah utara dekat Seremban.
Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam, kes kini disiasat mengikut seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Hasimi Muhamad
Tue Feb 11 2020
Akibat perlanggaran itu, seorang penumpang kanak-kanak lelaki yang berada di dalam kereta Honda Civic telah tercampak keluar dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mereka asyik menangis dan memang menyedihkan' - Saksi insiden budak tercampak atas lebuh raya PLUS
Seorang kanak-kanak lelaki tercampak keluar dari sebuah kereta dalam kejadian 'pecut-memecut' di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).