MALAYSIA
Mesyuarat mingguan Kabinet berlangsung di Kuching pagi ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat kabinet yang julung kali diadakan di Wisma Bapa Malaysia, Sarawak hari ini. - Foto Bernama
Mesyuarat mingguan Kabinet berlangsung di Kuching pagi ini dengan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut hadir timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri Kabinet yang lain.
Perdana Menteri tiba di Wisma Bapa Malaysia, ibu pejabat pentadbiran kerajaan negeri di sini pada sekitar 9.20 pagi dengan diiringi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
Mesyuarat diadakan di tengah-tengah kerancakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar bersama jemaah menteri sebelum memulakan mesyuarat kabinet yang julung kali diadakan di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. - Foto Bernama
Ahmad Zahid berkata mesyuarat berkenaan telah dicadangkan Perdana Menteri sendiri.
Kali terakhir mesyuarat Kabinet diadakan di luar Putrajaya ialah di Kuantan pada 2011.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami