awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendakwa raya Sepanyol gugur siasatan dakwaan salah laku seksual terhadap Julio Iglesias
China kini miliki rangkaian pengecasan EV terbesar dunia dengan lebih 19 juta titik pengecasan
PRK Kinabatangan: Dua pusat mengundi ditutup 12 tengah hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MKN, KDN sediakan SOP selepas PKP, pergerakan zon hijau mungkin sedikit longgar

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
07/04/2020
09:16 MYT
MKN, KDN sediakan SOP selepas PKP, pergerakan zon hijau mungkin sedikit longgar
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan SOP berkenaan, pergerakan di zon hijau berkemungkinan akan dilonggarkan. - Foto BERNAMA
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu mengikut zon-zon kawasan Khamis ini berhubung langkah kerajaan selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan SOP berkenaan, pergerakan di zon hijau berkemungkinan akan dilonggarkan.
"MKN bersama KDN pada Khamis nanti akan mengeluarkan SOP yang baharu berdasarkan zon-zon tertentu. Seperti zon Putrajaya hari ini menjadi zon merah.
"Jadi selain zon merah, tentu ada zon hijau. Zon hijau misalnya adalah kawasan yang ada kosong COVID-19. Jadi kita sedang meneliti apakah SOP-SOP yang akan kita perkenalkan. Mungkin ada sedikit kelonggaran, kalau sudah kosong mungkin dilonggarkan," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Manakala, pergerakan di zon merah mungkin diperketatkan lagi selepas PKP.
BACA: Angka masih tinggi, 403 lagi individu ditahan ingkar PKP
"Walau bagaimanapun, mungkin SOP-SOP akan diperkenalkan di kawasan zon hijau. Tak boleh masuk ke kawasan tersebut, dan orang lain tak boleh masuk kawasan tersebut takut dari zon hijau menjadi merah dan sebagainya.
"Untuk zon merah, kita sediakan SOP yang lebih ketat berbanding hijau. Mungkin nanti jika kilang nak dibuka, mungkinkah pekerja di zon merah akan bekerja di zon hijau? (Kita tidak mahu) Kalau pekerja di zon hijau akan menjadi merah, perincian akan diumum selepas MKN dan KDN akan sediakan SOP," tambahnya.
Jelasnya, kerajaan bagaimanapun mahu memastikan negara tidak akan membuat kesilapan jika tindakan memberikan kelonggaran selepas PKP.
"Saya percaya kedai rambut, bengkel dan banyak perkara dibangkitkan dan begitu juga kedai dobi. Perkara itu sedang diperhalusi dari segi SOP yang lebih terperinci bagi menghadapi selepas 14 hari PKP sebab kita tak mahu jadi seperti negara luar.
"Kita tahu rakyat gelisah, kita nak bantu dan kita kaji kesan kalau kita terlalu longgar. Jadi, kita nak pastikan ia diperincikan bahawa ada kebebasan, namun kita tak nak buat kesilapan dan menyebabkan kita tutup (PKP) lebih lama.
"Lebih baik kita kembali pada asal dan tak ulang. Kita akan umum SOP nanti," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#koronavirus
#Majlis Keselamatan Negara
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Putrajaya
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan