Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini memulakan cuti tanpa rekod selama 30 hari.
"Saya kini bercuti tanpa rekod selama 30 hari. Justeru, saya tidak akan hadir ke pejabat hari ini," kata Mohamed Apandi dalam pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada warga media sambil pada masa sama menegaskan beliau masih Peguam Negara yang berkhidmat atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Mohamed Apandi telah diminta bercuti dan tugas beliau akan digalas oleh Peguam Cara Negara Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek, berkuat kuasa serta-merta.
BACA: Shahrir Samad letak jawatan, Apandi Ali bercuti, Dzulkifli Ahmad tamat kontrak
BACA: Peguam Negara diminta bercuti - PM
BACA: Tugas-tugas bakal digalas Peguam Cara Negara, Engku Nor Faizah Engku Atek
Warga media berkumpul di perkarangan Pejabat Peguam Negara di Presint 4 di sini sejak 8 pagi tadi untuk melihat kelibat Mohamed Apandi hadir bertugas.
"Jangan buang masa berharga anda di Pejabat Peguam Negara. Sampaikan salam saya kepada semua rakan-rakan media di luar sana. Akan temui semua pada acara lain. Insya-Allah. Terima kasih semua," kata Mohamed Apandi yang mengetahui akan kehadiran anggota media di bangunan itu.
Mohamed Apandi hadir ke pejabat seperti biasa semalam walaupun Dr Mahathir pada sidang media Sabtu lepas berkata: "Pada masa ini negara tidak mempunyai Peguam Negara."
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 15 2018
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Mohamed Apandi (gambar) telah diminta bercuti dan tugas beliau akan digalas oleh Peguam Cara Negara Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek. - Gambar fail
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.
Mantan PM China Li Keqiang meninggal dunia
Mendiang sedang bercuti di Shanghai bersama keluarga ketika mengalami serangan jantung pada Khamis.
Duit RM40 pemberian terakhir anak buat bapa
Anak sulungnya itu berkeras tetap mahu memberikan kepadanya dengan alasan boleh digunakan ketika mereka bercuti nanti.
Ibu bapa akan didenda jika anak tidak datang ke sekolah
Kerajaan turut mencadangkan supaya daftar murid disimpan secara elektronik.
Najib, keluarga cuti di atas kapal layar atas jemputan putera raja - Saksi
Setiap maklumat berkaitan destinasi percutian itu dimaklumkan kepadanya oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Melaka pilihan pelancong bercuti sempena Aidilfitri
Lokasi pelancongan di Melaka terus menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negeri ini yang mengambil kesempatan cuti umum sempena Aidilfitri untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Buat ujian kendiri COVID-19 sebelum, selepas balik bercuti - Pakar
Keterujaan orang ramai untuk pulang ke kampung dan bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, tidak sepatutnya membuatkan mereka alpa tentang kepentingan memastikan tahap kesihatan mereka, ketika
Kanak-kanak 6 tahun lemas ketika berkelah di Port Dickson
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas di Pantai Seaview, Tanjung Gemok di sini petang tadi.
Singapura lebih tegas banteras rasuah berbanding Malaysia
Singapura sudah lama mengenakan tindakan tegas terhadap perasuah, tidak kira siapa pun, baik menteri mahupun rakyat biasa.
Penjawat awam Hindu di Melaka dapat cuti pelepasan sambut Thaipusam
Kerajaan negeri Melaka membenarkan penjawat awam beragama Hindu di negeri itu mendapat cuti pelepasan sehari bagi membolehkan mereka menyambut perayaan Thaipusam, Khamis ini.