awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MT UMNO tidak bincang isu Pakatan Nasional

Fareez Azman
Fareez Azman
07/02/2020
12:03 MYT
MT UMNO tidak bincang isu Pakatan Nasional
Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada Jumaat tidak membincangkan isu Pakatan Nasional seperti yang digembar-gemburkan oleh pemerhati politik.
Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada Jumaat tidak membincangkan isu Pakatan Nasional seperti yang digembar-gemburkan oleh pemerhati politik.
Perkara itu dikongsi Ahli MT, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin sambil menegaskan, perbincangan mesyuarat juga lebih fokus pada usaha memperkuatkan kerjasama Muafakat Nasional dengan Pas.
“Kita bincang perkuatkan Muafakat Nasional diantara UMNO dan PAS bukan Pakatan Nasional.
“Kita bincang bagaimana nak memperkuatkan Muafakat Nasional bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15,” katanya ketika ditemui media di Lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara pada Jumaat. BACA: Kerjasama Muafakat Nasional dengan Dr Mahathir ditolak rakyat - Asyraf Wajdi
Kerjasama Pakatan Nasional dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi bahan perdebatan susulan cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyertainya mengikuti keputusan Pas yang bersetuju untuk menyokong pembentukan itu.
Ditanya sama ada mesyuarat turut membincangkan tindakan tata tertib terhadap Ahli MT, Datuk Lokman Noor Adam susulan tindakannya mendedahkan rakaman audio membabitkan Ahmad Zahid Hamidi, Bung Mokhtar berkata, isu itu diserahkan kepada Jawatankuasa Displin UMNO bagi tindakan selanjutnya.
“Isu itu ada dibincang, kita (Majlis Tertinggi) akan serah pada Lembaga Displin untuk memutuskan,” kata Bung Mokhtar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.
Mesyuarat MT UMNO yang bermula pukul 3 petang itu berlangsung selama empat jam.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#majlis tertinggi
#Pakatan Nasional
#PAS
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan